in , ,

Bekas Bintang K-Pop, Seungri Dihukum Penjara 3 Tahun

Jika anda ingat beberapa tahun lalu industi hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan dakwaan penglibatan bintang K-Pop Seungri, dalam pelbagai jenayah antaranya dadah, rasuah, serta aktiviti pelacuran di kelab peribadi miliknya.

Selepas beberapa siri siasatan dijalankan,  Pihak Pendakwaan Ketenteraan  Korea Selatan pada Julai lalu telah mencadangkan agar bekas penyanyi kumpulan Big Bang itu dikenakan hukuman penjara 5 tahun.

Menurut pendakwaraya, Seungri tidak menunjukkan sebarang tanda sudah insaf malah menuding jari kepada sedangkan dia sudah mengaut keuntungan daripada kesalahannya.

Terbaru hari ini, Seungri telah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun selepas dia didapati bersalah di atas kesemua sembilan pertuduhan terhadapnya termasuk mengatur perkhidmatan pelacuran bagi pelabur-pelabur serta terlibat dalam perjudian antarabangsa.

Bekas Bintang K-Pop, Seungri Dihukum Penjara 3 Tahun

Makhamah Tentera di Yongin yang menjatuhkan hukuman tersebut turut memerintahkan Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung-hyun untuk membayar denda berjumlah ₩ 1.15 bilion bersamanan RM4.18 juta.

Memetik laporan portal Yonhap, mahkamah menyifatkan tindakan penyanyi itu telah mencetuskan ancaman yang cukup berbahaya kepada negara.

“Tertuduh (Seungri) mengatur tawaran seksual kepada pelabur asing menerusi pelbagai acara serta bersekongkol dengan rakan perniagaannya Yoo In-suk demi mengaut keuntungan.

“Jenayah itu yang mengkomersialkan seks melanggar norma budaya kita dan benar-benar mendatangkan bahaya besar kepada negara,”

Dia sebelum itu meninggalkan kumpulan Big Bang sekaligus bersara dari industri hiburan dan menyertai tentera selepas skandal Burning Sun tersebut mula dilaporkan secara meluas sehingga mendapat perhatian seluruh dunia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung | 23

Samsung Lancar 2 Telefon Lipat Terbaru, Galaxy Z Fold3 5G & Galaxy Z Flip3 5G

Blog Featured | 24

Dijangkiti Pelanggan Yang Beli Jualan Mereka Di Tepi Jalan, 7 Ahli Keluarga Achey Positif Covid