in , ,

Rahsia Di Sebalik Lirik Lagu Kaer Azami IZINKAN AKU PERGI

Sudah lama tidak mendengar suara Kaer berkumandang di radio dan di TV. Kini, Kaer telah kembali dengan single terbarunya yang berjudul Izinkan Aku Pergi. Hehehe… jangan salah sangka, ini bukan lagu Broery Marantika ya! Bunyinya mungkin agak sama dengan bait lirik lagu Broery Marantika.

Melodi dan irama berlainan namun pemahaman saya tentang bait lirik ini begitu syahdu dan menyentuh perasaan. Kenangan silam saya terbongkar satu persatu lalu berterbangan di daerah minda tatkala lagu ini berkumandang. Lagu ini boleh mengeluarkan segala memori yang lama bersarang. Sejarah kita mengecewakan manusia-manusia yang kepingin menggamit cinta dan sejarah di mana kita dikecewakan oleh insan yang tidak mahu berkongsi kasih dengan kita… Semua itu berputar-putar bagaikan satu gelombang ombak yang memukul pantai. Betapa berbisanya lagu ini…

    Saya kira, lagu ini akan popular. Suara Kaer seolah serasi dengan irama dan lagu yang diberikan. Penghayatan Kaer untuk lagu ini begitu mendalam. Sesuai dengan gaya dan lenggok Kaer dengan mengalunkan lagu-lagu balada. Bagi saya, lagu ini akan menaikkan nama Kaer dan menjulang kepopularitian yang dulunya dicita-citakan oleh Kaer.

    Kita pun akur, nasib tidak menyebelahi Kaer untuk terus berdiri dengan jayanya sehebat rakan seperjuangan di Akademi. Namun, Kaer punya bakat dan kebolehan dalam menyanyikan lagu dengan gayanya tersendiri. Teringat lagi kelunakan lagu Januari yang dinyanyikan Kaer ketika konsert Akademi Fantasia dulu… ia pernah tersenarai antara lagu yang membuatkan peminat jatuh cinta dengan suara yang dimilikki oleh Kaer.

    Muzik video untuk lagu Izinkan Ku Pergi sedang di dalam pembikinan. Ianya diarah oleh pengarah seni Mohd. Roshfaizal Ariffin yang terkenal dengan Rosh R Studio. Saya harap, hasilnya nanti akan lebih menawan dengan tona warna dan ilustrasi kreatif gaya Roshfaizal.

    Saya difahamkan, album Kaer kini sudah pun berada di pasaran mulai 19 Januari. Kaer kini sedang menyambung kembali pelajarannya di salah sebuah kolej. Semoga Kaer terus sukses mencipta nama dalam bidang seni nyanyian.

Antara lagu yang termuat dalam album terbaru Kaer:

01. Kaer – Menjelma

02. Kaer – Izinku Pergi

03. Kaer – Ku Tak Ingin Bebas

04. Kaer – Sinar Cahaya

05. Kaer – Apabila

06. Kaer – Dalam Kenangan

07. Kaer – Kau Telefon Lagi

08. Kaer – Hilangnya Cinta

09. Kaer – Mama Said

10. Kaer – Seribu Impian

11. Kaer – Kembali Bersama

KAER – IZINKAN AKU PERGI

Lagu: Azlan Abu Hassan

Lirik: Sulu Sarawak

Sinaran mata
Cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam

Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya
Lama dikasih kita
Kau bawa bersama

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya

(Korus)
Pergilah rinduku
Hilangkan dirimu
Tak sanggup menanggung
Derita dikalbuku

Pergilah sayangku
Bermula semula
Semangat cintaku
Membara kerana dia
Tiada niatku

Tersemat dijiwa
Setia bersamanya
Cinta murni berdua
Beribu teguhnya

Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya

(Ulang korus)

Maafkan aku duhai kasih
Izinkan ku pergi

CORETAN BLOGGER LAIN:

1. A Hopeless Romantic

2. Apa kata Pakcik MMA dengan lagu Kaer ini?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hans Isaac | 19

Ulasan Filem QABIL KHUSHRY QABIL IGAM

Boyz Ii Men | 20

Corat Coret Konsert Boyz II Men di Arena of Stars, Genting Highland