in ,

Corat Coret Konsert Boyz II Men di Arena of Stars, Genting Highland

Mungkin foto-foto yang saya lampirkan di sini dapat menggambarkan realiti sebenar apa yang berlaku di Konsert Boyz II Men pada 26 dan 27 Januari yang lalu.

Saya pergi pun atas tiket yang dihadiahkan oleh Klubbkidd. Kalau tak kerana Joe, takde la nak merasa duduk di tempat duduk yang berharga RM220… Thanks Joe! Tadi, ketika Fail AF bersiaran, dia ada muncul di kaca TV (siap dengan T shirt yang tertera alamat url blognya)… satu strategi promosi yang kreatif!

Komen Joe pasal pakaian yang digunakan ketika Konsert Akademi Fantasia memang agak pedas juga. Apa-apa pun harapan saya, biarlah pihak tatarias astro tu, lebih terbuka dan dapat menerima kritikan. Untuk Akademi Fantasia 5 yang akan datang nanti, perbaiki untuk menjadikannya lebih relevan dan lebih elegan!

OK, berbalik kepada tajuk asal kita. Banyak lagu-lagu popular Boyz II Men dialunkan pada konsert itu yang sememangnya menjadi siulan dari zaman kelahirannya hinggalah lagu terbaru. Namun, saya terkilan juga kerana mereka begitu banyak memberi penekanan kepada lagu-lagu terbaru dalam album The Remedy.

Memang tak pernah dengar pun. Hahaha… Walaupun lagu R&B mereka mesra dan catchy di telinga, namun satu apa pun saya tak dapat tangkap apa yang mereka nyanyikan. Sebab apa? Sebabnya…

Mutu bunyi tidak berapa baik. Jurutera bunyi yang duduk di depan saya tu…lebih menguatkan bahagian bass dan drum. Membuatkan vokal agak tenggelam. Nak kata tempat saya tak strategik, saya rasa tak jugak sebab memang duduk di tengah-tengah dewan Arena of Stars. Mmm… ntah lah!

Anda boleh membaca entri ulasan ringkas perjalanan konsert itu di sini: Konsert Boyz II Men di Arena of Stars Genting Highlands.

Apa-apa pun saya terhibur dengan persembahan mereka. Ini adalah kali pertama saya menyaksikan persembahan artis luar negara pada tahun ini. Dengar cerita keesokannya, penyanyi terkemuka dari Korea Selatan, Rain turun mengegarkan bumi Kuala Lumpur. Sekali lihat video klip terbarunya, Rain nampak macam klon Usher dan Michael Jackson sedikit. Ini merujuk kepada corak tariannya. Tapi dia unik sikit… Peminat Rain jangan marah deh kalau aku cakap Rain ni klon!

Penulis blog yang pernah saya temubual di sini, Waiem ada juga ke sana. Seronok tengok Waiem chasing Rain dari KLIA lagi. Hinggalah kata Waiem, konsert Rain memang power giler!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kaer Azami | 23

Rahsia Di Sebalik Lirik Lagu Kaer Azami IZINKAN AKU PERGI

Dayang Nurfaizah | 24

Isu Plagiat Blog, Di Mana Etika Media Kewartawanan?