in

David Chiang Dalam Drama Land of Wealth

Asian Hour Slot: Best of TVB

Land of Wealth

TX Date: 2 Januari 2009 – 18 Februari 2009
Hari / Masa: Isnin – Jumaat, 7.00 – 8.00 malam

8TV Asian Hour Slot membawakan drama-drama terbaik dari TVB! Sebagai pembuka tirai Tahun 2009, 8TV akan menyiarkan sebuah drama TVB yang yang cukup popular Land of Wealth!

Land of Wealth akan disiarkan di 8TV pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula 2 Januari 2009 jam 7.30 malam! Pengurus Besar Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Lam Swee Kim berkata “Di 8TV kami hanya membawakan yang terbaik untuk penonton-penonton setia kami. Peka dengan kehendak penonton, kami membawakan semula drama dari slot Best of TVB sebagai pembuka tahun 2009!”

3180003702 3089Beb113 | 4

Land of Wealth berkisar tentang kehidupan empat buah keluarga yang berlainan. Pada zaman pemerintahan Dinasti Qing di Beijing seorang maharani yang cukup berkuasa telah mengambil-alih pemerintahan. Chai Pak-Chuen (Moses Chan) merupakan seorang pegawai kerajaan yang jujur. Keluarga Pak-Chuen telah diperangkap dan kesemua ahli keluarganya telah dijatuhkan hukuman mati.

Pak-Chuen merupakan satu-satunya ahli keluarga Chai yang terselamat. Pak-Chuen telah menukar identiti dan kemudiannya berpindah ke bandar lain untuk memulakan kehidupan baru. Di sana Pak-Yuen menemui seorang ahli perniagaan yang ternama Kiu Bun-Yip.

Kiu Bun-Yip (David Chiang) merupakan pemilik sebuah bank yang berjaya. Suatu hari, Bun-Yip telah mengajak Pak-Chuen ke bank kepunyaannya dan mengajar Pak-Chuen tentang selok-belok perniagaan. Di sana, Pak-Chuen bertemu dengan Cheung Shung-Man (Steven Ma) dan akhirnya mereka menjadi kawan baik. Ketika tinggal di rumah Kiu, Pak-Chuen menjalin perhubungan dengan Ba Ba Ha Yee Ko-Wai (Sonija Kwok) yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Kiu. Pak-Chuen enggan mengahwini Ko-Wa kerana takut kariernya akan terjejas.

Ko-Wai mengambil keputusan untuk menggoda Bun-Yip dan akhirnya mereka berkahwin. Pada waktu yang sama Shung-Man (teman baik Pak-Chuen) bercinta dengan anak perempuan Bun Yip bernama Kui Choi (Tavia Yeung) namun cinta mereka dihalang keras oleh keluarga Shung-Man. Choi akhirnya berkahwin dengan Pak-Chuen setelah perniagaan bapanya diserahkan sepenuhnya kepada Pak-Chuen. Fong Yun-Tin (Kenny Wong) yang merupakan menantu sulung Bun-Yip menentang keras tindakan Bun-Yip yang menyerahkan jawatannya kepada Pak-Chuen.

Masa berlalu begitu pantas, Pak-Chuen menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya dan dikenali ramai. Pada masa yang sama, Pak-Chuen masih mencari dalang sebenar dalam pembunuhan ahli keluarganya untuk membalas dendam. Mahu mengetahui apakah yang akan terjadi seterusnya? Saksikan Land of Wealth yang akan disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.30 malam bermula 2 Januari 2009 hanya di 8TV!

3180004258 16E67Be98A | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Wanita Hari Ini Bakal Perkenal Set Baru

Temui Imran Ajmain di Festival Youth’09 PWTC