in , ,

Penampilan Sulung Lee Chong Wei di Madame Tussauds Singapura

Patung lilin jaguh badminton Malaysia dipamerkan untuk paparan terhad di Singapura dan bakal dipindahkan secara kekal ke Madame Tussauds di Hong Kong pada suku pertama 2023.

Sekian lama ditunggu-tunggu sejak pengumuman rasmi pada 2020, Madame Tussauds Singapura akhirnya melancarkan patung lilin bekas pemain badminton No.1 dunia, Lee Chong Wei pada hari ini.

Seorang figura yang tidak asing lagi di Malaysia, Lee Chong Wei merupakan atlet negara pertama yang diabadikan di Madame Tussauds. Patung lilin beliau kini berdiri sama tinggi dengan atlet-atlet terkemuka dunia termasuk pemain bola sepak legenda Cristiana Ronaldo dan David Beckham. Lee Chong Wei menempa nama di arena sukan apabila dinobatkan sebagai pemain badminton terbaik selama 349 minggu, di mana beliau menduduki tangga teratas selama 199 minggu berturut-turut. Selain meraih 69 gelaran siri super, beliau juga telah mewakili Malaysia sebagai duta muhibah UNICEF.

Lee Chong Wei Buat Penampilan Sulung Di Madame Tussauds Singapura

Pada November 2019, pasukan Madame Tussauds telah mengambil 200 ukuran atlet ikonik itu secara teliti dalam satu sesi pengukuran badan yang berlangsung selama enam jam. Setelah mengharungi dua tahun penuh dengan pancaroba, Madame Tussauds Singapura tidak sabar-sabar untuk mempersembahkan patung lilin Lee Chong Wei kepada para peminat di Asia Tenggara sebelum ia diabadikan di ‘kediaman tetap’ di Hong Kong. Malah, beliau telah menyumbangkan jersi rasminya daripada persembahan terakhir Olimpik di Rio 2016, sekali gus menjadikan patung lilin itu lebih istimewa lagi.

Peminat tentunya akan teruja dengan peluang bergambar bersama patung lilin yang betul-betul seiras dengan jaguh badminton itu, sebagaimana keterujaan yang dirasai beliau sendiri. “Saya sangat teruja akhirnya dapat berkongsi patung lilin saya bersama peminat dari seluruh dunia. Pasukan di Madame Tussauds telah memerah keringat untuk menjayakan usaha itu. Mereka sungguh teliti dalam menjalankan tugas mereka untuk ‘mencipta semula’ saya, dan saya amat menghargai peluang dan penghormatan ini,” katanya.

Lee Chong Wei Buat Penampilan Sulung Di Madame Tussauds Singapura

Steven Chung, Pengurus Besar, Madame Tussauds Singapura turut berbangga berkesempatan menjadi tuan rumah kepada patung lilin Lee Chong Wei. “Jaguh sukan adalah individu yang luar biasa. Mereka memiliki aura unik yang mampu menawan hati peminat dan memberi inspirasi kepada generasi muda dari seluruh dunia. Kami berbangga kerana dipilih sebagai Madame Tussauds pertama yang mempamerkan Lee Chong Wei, salah seorang figura tersohor di rantau ini, di Singapura, di mana beliau akan berdiri sebaris dengan gergasi-gergasi dalam ‘Dewan Kemasyhuran Sukan’ kami sendiri.

Madame Tussauds Singapura dengan sukacitanya mengumumkan Malaysia Airlines dan Firely sebagai rakan kongsi syarikat penerbangan rasmi untuk pelancaran ini. Peminat yang ingin menyaksikan patung lilin Lee Chong Wei boleh melayari laman sesawang Madame Tussauds Singapore di  www.madametussauds.com/singapore untuk membeli tiket tarikan pelancongan sebelum ia berlepas ke Madame Tussauds Hong Kong pada suku pertama 2023 untuk paparan kekal.

Lee Chong Wei Buat Penampilan Sulung Di Madame Tussauds Singapura
Lee Chong Wei Buat Penampilan Sulung Di Madame Tussauds Singapura

Tentang Madame Tussauds Singapura

Madame Tussauds Singapura yang terletak di Imbiah Lookout, Sentosa, membuka pintunya pada Oktober 2014. Ia menampilkan pelbagai pengalaman interaktif di bawah satu bumbung, daripada Madame Tussauds Singapura, sehinggalah ke Images of Singapore dan pengalaman menaiki perahu Spirit of Singapore. Ia merupakan satu-satunya tapak Madame Tussauds yang menawarkan pengalaman menaiki perahu, Pawagam Marvel Universe 4D, serta pengalaman Ultimate Film Star Experience! Menampilkan 12 zon unik daripada pelakon Hollywood yang glamor-glamor belaka sehingga bintang K-pop, artis, pemuzik dan jaguh sukan pujaan anda, Madame Tussauds Singapura menempatkan lebih 75 patung lilin. Galeri penuh keajaiban ini bukan sekadar tarikan yang menarik, malah para tetamu kami berpeluang merasai pengalaman teknologi kami yang realistik dan interaktif di setiap sudut!

Dengan kunjungan 10 juta tetamu setiap tahun, Madame Tussauds memberi anda peluang untuk mengalami pengalaman kemasyhuran yang terunggul. Kami terletak di lebih 23 lokasi unik di seluruh dunia, dari New York ke Singapura, Amsterdam, Sydney, dan sudah tentunya London, di mana kisah kami bermula. Sepanjang lebih 250 tahun sejarah kami, Madame Tussauds telah mengabadikan ribuan selebriti, bintang dan wira dalam perincian yang sangat tepat, sekali gus memberi kesempatan kepada pengunjung untuk ‘beramah mesra’ dengan idola mereka!

Madame Tussauds Singapura buka dari jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari (kemasukan terakhir: jam 5 petang). Untuk pertanyaan tentang tiket, sila hubungi (65) 6715 4000 atau layari www.madametussauds.com/singapore/.

Mengenai Merlin Entertainments

Merlin Entertainments adalah peneraju hiburan keluarga yang berasaskan lokasi di peringkat global. Sebagai pengendali tarikan pelancong No.1 di Eropah dan kedua terbesar di dunia, Merlin kini mengendalikan 130 tarikan pelancong, 20 hotel dan 6 kampung percutian di 25 negara merentasi 4 benua. Matlamat Merlin adalah untuk memberikan kenangan yang tidak dapat dilupakan kepada 67 juta pengunjung dari seluruh dunia menerusi jenama ikonik dan pelbagai format tarikan pelancong serta komitmen seramai 28 ribu kakitangannya (puncak musim pelancong). Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.merlinentertainments.biz/. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gadgetmodel Hiasan | 16

24 Jejaka Malaysia Bertanding Merebut Gelaran Mr World 2022

Aliff Syukri | 17

Datuk Seri Aliff Syukri Tidak Mengaku Bersalah Buat Video Sumbang