in ,

Dari Meja CEO Ke Jalanan, Tony Fernandes Kini Bergelar Penghantar Makanan

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di Malaysia pada Mac lalu, industri yang paling terkesan ialah industri berkaitan pelancongan terutamanya penerbangan dan perhotelan.

Jika April lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsiaX, Benyamin Ismail ‘menukar’ profesion menjadi penghantar makanan untuk restoran SANTAN, kali ini CEO Kumpulan Pengarah AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes mengambil langkah yang sama.

Berkongsikan gambar mengenai ‘tugas baharunya’ itu, Tony kelihatan bersedia untuk melakukan kerja-kerja penghantaran makanan dengan menggunakan sebuah motosikal lengkap dengan beg kotak simpanan makanan.

Dari Meja CEO Ke Jalanan, Tony Fernandes Kini Bergelar Penghantar Makanan

Berpakaian baju T berwarna putih, Tony turut berkongsi gambar beg makanan yang tertera pautan laman web perkhidmatan terbaharu yang disediakan AirAsia untuk pelanggan – airasia.com/food.

Bergelut mahu meneruskan kelangsungan berikutan sekatan perjalanan global disebabkan pandemik COVID-19, AirAsia kini menceburi pelbagai bidang bagi mempelbagaikan sumber pendapatan mereka sebagai langkah menyokong operasi kumpulan.

Jun lalu, syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia mengumumkan telah membuang seramai 11 kru kabin daripada 1,900 kru, 172 juruterbang dan 50 jurutera sebagai usaha untuk membendung kos operasi mereka.

Dari Meja CEO Ke Jalanan, Tony Fernandes Kini Bergelar Penghantar Makanan
Sumber: @tonyfernandes

Mempunyai sekitar  25,000 kakitangan seluruh dunia dengan 10,000 daripadanya adalah pekerja Malaysia, AirAsia pada awal Oktober lalu sekali lagi dilaporkan menamatkan lebih 2,000 orang pekerja berikutan realiti sektor penerbangan yang sukar pulih dalam masa terdekat ini.

Menurut Tony, kumpulan penerbangan AirAsia akan beroperasi dengan skala lebih kecil selepas ini dan berusaha untuk menyelamatkan seberapa banyak kakitangan yang dipberhentikan.

Dari Meja CEO Ke Jalanan, Tony Fernandes Kini Bergelar Penghantar Makanan

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Azmi Saat Rakam Lagu Nukilan Pertama Dicipta Semasa Tunggu Keputusan STPM Berjudul TULUS

Peroleh Undian Lebih 22 Juta, Haqiem Rusli Julang Trofi Bintang Paling Popular ABPBH 33