in , , ,

Peroleh Undian Lebih 22 Juta, Haqiem Rusli Julang Trofi Bintang Paling Popular ABPBH 33

Tahniah buat Haqiem Rusli diumumkan sebagai pemilik trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada malam tadi.

Malam penuh dengan kejutan, ABPBH 33 berakhir dengan kemenangan berpihak kepada penyanyi, komposer dan penulis lirik berusia 22 tahun iaitu Haqiem Rusli. Siapa sangka, Haqiem menang besar pada malam tadi. Haqiem Rusli memperoleh undi sebanyak 22,332,676 undi sepanjang tempoh undian ABPBH 33 dibuka sejak awal bulan lalu hingga 8 November lalu. Menerima undian paling banyak daripada peminat melayakkan Haqiem membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta jenama Nissan Leave berserta trofi.

HAQIEM RUSLI MENANG ABPBH

Tahniah Qiem dan tahniah juga buat Qiemilio yang bertungkus lumus mengundi siang dan malam. Peminat Haqiem sememangnya ramai dan bukan setakat di Malaysia sahaja, malah melebar ke negara lain sekitar Asia Tenggara ini juga. Korang memang terbaek!

“Pertama sekali terima kasih Allah atas rezeki ini… terima kasih keluarga saya, harap mereka berbangga dengan pencapaian saya teruatamanya kelab peminat Qiemilio!”

– HAQIEM RUSLI

Terdahulu, Haqiem memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia yang menyaksikan penyanyi itu memecah dominasi Khai Bahar yang tiga tahun berturut-turut memegang takhta itu.

Haqiem juga mengungguli kategori Lagu Paling Boom Popular dengan single Lembah Kesepian bagi edisi kali ini manakaa pada ABPBH 32 tahun lalu, Haqiem turut memenangi kategori sama melalui lagu Selamat Tinggal Sayang.

Haqiem yang mula terbabit dalam dunia seni sejak menyertai program realiti, Idola Kecil terbitan TV9 pada 2008, menunjukkan peningkatan cemerlang sepanjang tahun lalu melalui karya yang dihasilkan selain menjalin hubungan erat dengan pengikut terutama kelab peminat.

“Terima kasih kepada Allah kerana memberi rezeki untuk hari ini. Terima kasih kepada keluarga dan mak abah yang sedang menonton sekarang ini. Saya harap mak abah bangga dengan saya. Terima kasih kepada Berita Harian, TV3, rakan-rakan dan Qiemillo yang mengundi saya.

“Saya tak pernah menjangkakan kemenangan ini. Insya-Allah, saya akan menggunakan anugerah dengan sebaik-baiknya. Jujurnya, ia sangat besar bagi saya.

“Anugerah ini tak pernah saya jangka, saya tak tahu nak cakap. Saya sangat gembira dengan anugerah ini,”

– Haqiem Rusli

ABPBH33 dikendalikan oleh Datuk AC Mizal dan Nabila Huda serta hos segmen karpet merah, Sissy Imann dan Sean Lee.

Persembahan pembukaan dijayakan oleh Khir Rahman, Liza Abdullah, Nora Danish, Joey Daud, Man dan Kaka Azraff menerusi sketsa komedi.

Pentas ABPBH33 diserikan dengan persembahan Faizal Tahir, Elly Mazlein, Syamel, Zizi Kirana dan Dolla, Ernie Zakri dan Hafiz Suip, Azlan Typewriter, Yonnyboii dan Zynakal serta Naim Daniel, Ismail Izzani dan Man Keedal.

Acara turut dimeriahkan dengan persembahan Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo serta pasangan adik-beradik, Liza dan Azlina Aziz bersama Noki K-Clique.

Berikut Adalah Senarai Penuh ABPBH33.

1) BINTANG PALING POPULAR: Haqiem Rusli

2) PENYANYI LELAKI POPULAR XIAOMI: Haqiem Rusli

3) PENYANYI WANITA POPULAR XIAOMI: Wany Hasrita

4) ARTIS KOLABORASI/ DUO/ BERKUMPULAN POPULAR: Siti Nordiana & Khai Bahar

5) ARTIS BARU LELAKI POPULAR: Chubb-E

6) ARTIS BARU WANITA POPULAR: Isyariana

7) PELAKON FILEM LELAKI POPULAR: Zahiril Adzim

8) PELAKON FILEM WANITA POPULAR: Mawar Rashid

9) PELAKON TV LELAKI POPULAR: Ben Amir

10) PELAKON TV WANITA POPULAR: Siti Saleha

11) ARTIS KOMEDI POPULAR: Sherry Alhadad

12) PENGACARA TV POPULAR: Sherry Alhadad

13) PENYAMPAI RADIO POPULAR: DJ Lin/ Suria FM

14) ARTIS VERSATIL POPULAR: Siti Nordiana

15) ANUGERAH KHAS PENCAPAIAN SEPANJANG HAYAT: Francissca Peter

Kategori Online

1) GANDINGAN SERASI DRAMA POPULAR: Kamal Adli & Uqasha Senrose

2) GANDINGAN SERASI FILEM POPULAR: Syafiq Kyle & Mimi Lana

3) ARTIS KONTROVERSI POPULAR: Aiman Tino

4) FC FANTASTIK POPULAR: Siti Nordiana FC

5) LAGU PALING BOOM: Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)

Tahniah buat semua pemenang! Kepada yang tak berjaya boleh cuba mengundi dengan lebih keras lagi pada tahun depan. Kita harap, tahun depan bila dah takde Covid 19 nanti ABPBH akan lebih meriah dengan kehadiran penonton dan peminat.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dari Meja CEO Ke Jalanan, Tony Fernandes Kini Bergelar Penghantar Makanan

Restoran Terkenal Subang Jaya Didakwa Hidang Mi Kari Dengan Daging Babi?