in , ,

Azmi Saat Rakam Lagu Nukilan Pertama Dicipta Semasa Tunggu Keputusan STPM Berjudul TULUS

Lagu Tulus dicipta oleh Azmi Saat sekitar awal tahun 2008 semasa beliau sedang menunggu keputusan STPM.

Ketika itu, Azmi telah mengambil peluang untuk mempelajari selok-belok teknik rakaman audio dengan menggunakan komputer melalui kawan-kawannya. Daripada lirik, melodi, susunan muzik dan rakaman semuanya beliau lakukan sendiri. Lagu Tulus adalah projek pertama yang berjaya beliau siapkan hasil dari cubaannya tersebut.

Awal tahun 2020, Azmi telah dilamar oleh Valient Music sebagai artis rakaman. Beliau digalakkan supaya terus mencipta lagu sendiri dan mendalami tentang produksi muzik. Langsung, Azmi memperdengarkan lagu Tulus kepada pihak Valient Music dan mereka bersetuju untuk menggunakan khidmat Ezra Kong bagi menerbitkan lagu tersebut.

AZMI SAAT

“Ketika saya ditawarkan kontrak rakaman dari Valient Music, saya terus terima kerana mereka memberi peluang kepada saya untuk mengetengahkan karya-karya saya di samping peluang untuk bekerjasama dengan produser terkenal, Ezra Kong.” kata Azmi.

Tulus berkisar tentang kisah perasaan Azmi yang mula merasai hadirnya cinta yang tulus dari seseorang pada dirinya. Lagu Tulus khas untuk teman istimewa beliau yang sudah pun bergelar isteri sekarang sebagai tanda memohon kemaafan dan luahan rasa cinta beliau.

“Perasaan saya sangat teruja kerana ini adalah lagu pertama yang saya cipta sendiri. Lebih mengujakan saya lagi apabila lagu ini mendapat sentuhan dari produser terkenal Ezra Kong. Lagu ini saya tujukan khas untuk kekasih saya yang juga merupakan isteri saya kini,”

AZMI SAAT

Melalui Tulus, Azmi juga berharap pendengar supaya sentiasa melakukan kebaikan kepada orang lain walaupun tidak mendapat balasan sebagaimana  yang diharapkan. Tegas beliau, sifat tulus itu tidak pernah mengharapkan apa faedah dari setiap yang dilakukan. 

“Tulus” diterbitkan oleh Universal Music Malaysia & Valient Music. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer, Joox,  iTunes, YouTube dan juga YouTube MusiC.

AZMI SAAT

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pernah Jadi Mangsa Buli, Ezra Kairo Jadikan Muzik Pemangkin Semangat Untuk Bangkit Semula

tony fernandes airasia-2020

Dari Meja CEO Ke Jalanan, Tony Fernandes Kini Bergelar Penghantar Makanan