in , ,

Coretan Diari dari Blog Heliza AF5 & Lirik Aku Bukan Untukmu – Rossa

Rasanya tidak sah kalau hanya mengabadikan coretan Aizat di sini… sebagai peminat Heliza, saya juga ingin sekali menitipkan catatan blog Heliza di sini.

Dipetik dari laman rasmi Akademi Fantasia musim ke 5, yang akan dikemaskini setiap hari mulai minggu ketiga nanti.

Foto: Heliza kelihatan begitu tenang dan matang menghadapi penyingkiran Diya. Siapakah pula yang akan tersingkir pada malam ini? Keputusan undian SMS terkini, Heliza di tempat ketiga dengan 13%, mendahului di tempat ketiga ialah Aizat dengan 15% dan di tempat teratas ialah Dafi dengan 17%. Apakah pola ini akan berubah ketika konsert malam ini?

Malam ini, Heliza akan menyanyikan lagu keduanya, Aku Bukan Untukmu (Rossa)… sebuah lagu yang kurang mencabar. Dijangka akan dibawa dengan selesa dan senang oleh Heliza. Ini memandangkan lagu ini sesuai dengan kelunakan dan gaya lengguk suara Heliza. Nantikan konsert kedua Akademi Fantasia malam ini. Apakah mutu adunan dan gubahan muziknya masih seperti minggu lepas? Tunggu saja…

12 Mac 2007
Syukur Alhamdulillah kerana telah terpilih sebagai salah seorang pelajar Akademi Fantasia. Rasa nervous juga. Apa pun, HELIZA telah pun melangkah masuk ke dalam AF5, tugas dan tanggungjawab HELIZA adalah sebagai seorang pelajar, dan HELIZA harus menuntut ilmu sebanyak mungkin. InsyaAllah.

Pengalaman baru bagi HELIZA. Seronok dan happy, excited pun ada juga. Satu permulaan cabaran yang hebat. HELIZA mesti buat yg TERBAIK ! Kelas2 hari Isnin, saya suka kesemuanya. Part menari paling mencabar kerana stepnya fast. Tapi xpe…nothing impossible.

13 Mac 2007
Bangun pepagi, Kak Shery kejut kul 5.40 pagi gitu lak. Pastu buat apa yang patut. Hari nie kami semua datang lambat. Kelas patutnya kul 8.30 pagi, kami gi masuk kul 9 pagi. Aduh ! Esok mesti kene dtg awal !

Pagi tadi masuk kelas Brother Chadd, warm up vokal ! Best sgt !

Pastu masuk kelas tarian, pastu kelas Cikgu Syafi kene nyanyi2… Belajar teknik vokal.

Masuk kelas Cikgu Adnan memang best! Sempoi giler lah Cikgu Adnan. Beliau ajar HELIZA buat adlib ! TQ Cikgu Adnan ! Ni pun idea Cikgu Roslan…

Dia suruh HELIZA buat ad-lib dlm lagu Kau Pergi Jua. Pastu kami ada masa sendiri dan berlatih.

14 Mac 2007
Bangun jam 6.40 pagi.

Kelas pertama macam besa…kelas buka anak tekak bersama dgn Cikgu Chedd. Memang best ! Tak tau nak habaq macam mana. Pastu test suara n lagu dgn Cikgu Syafie dan Cikgu Adnan. Dorang ajar banyak teknik nyanyi ! Syiok…

Oh ye…kelas tarian pagi ni dgn Abg Najmi OK Lah… Kami x baper sangat dapat buat time kelas malam lagi. Cikgu Linda pun much better sikit lah.. huhuhu

Kelas BI memang best ! Happening siot !!

15 Mac 2007
Macam biasa bangun pagi2, mandi semua. Hari nie hari mendebarkan bcoz kena perform depan Cikgu2. Rindu pulak dgn Fatin mcm manalah dia skrg…Nak sgt tahu pasal dia.

Hmmm…HELIZA perform depan Cikgu x baper bagus. Suara xde energy, adlib melody xbaper tough lagi. Expresi pun xelok lagi.

HELIZA mesti cuba dan buat lagi ! Ya Allah…HELIZA mohon padaMu, semoga HELIZA dapat buat yang paling cemerlang. Dapat mengharungi semua cabaran dan dugaan. Kuatkanlah semangatku Ya Allah. Amin Amin Amin ya rabbulalamin.

16 Mac 2007
Pagi nie dah hari Jumaat…Mcm biasa senaman dgn Chedd. Tapi kelas paling best hari nie kelas Dr.Love ! huhuhu. Kami main game kira2 nombor…Bestnya perempuan yg juara ! Siapa ??? HELIZA lah ! muahahahaha

Dr.Love ckp dia nak buat pertandingan mcm nie lagi, tapi lagi tough! HELIZA nak pertahankan kejuaraan HELIZA ! Yeah !!

Saat yang mendebarkan dah dtg. Kami start rehearsal… petang dan malam. Satu lagi pengalaman baru bagi HELIZA, wpun mencabar. Akanku sahut cabaran itu.

Caiyok !!

17 Mac 2007
Inilah saat yang dinantikan. Semua usaha akan terjawab pada malam ini. Macam2 prasaan ada….cemas, berdebar…macam2 lah. Ini first time konsert…excited pun ada jugak..

Nak dipendekkan cerita di tengah2 persembahan, HELIZA dah start berpeluh ! Peluh yang dasyhat. Tak tau  nak ckp mcm mana. Dasatlah peluh dia. Habis baju pun basah. Bila turn HELIZA sampai…isk isk isk. mcm2 rasa

Kesimpulannya HELIZA mmg tak puas hati dgn persembahan sendiri. Banyak lagi kelemahan yang boleh dibaiki. Tapi xpe…The best forward is to leave the past behind and build on the present !.

Lirik lagu AKU BUKAN UNTUKMU – Rossa:

Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku
Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu
Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Coretan Diari Blog Aizat AF5

Tampil Lebih Urban, Album Nikki MAHARANI Re-Issue di Pasaran!