in

CHRISTINA APPLEGATE SAMANTHA WHO? PERTAMA KALI BERSIARAN DI MALAYSIA

SIAPA Samantha sebenarnya?
Kadangkala bagi mendapatkan penamat sesebuah kisah itu, anda perlu bermula dari titik awal…

Bagaimana sekiranya anda diberi peluang untuk bermula kembali dari awal? Untuk Samantha Newly (Christina Applegate), hidupnya bertukar dari sebuah fantasi ke realiti susulan dari sebuah kemalangan langgar lari yang menyebabkannya koma selama lapan hari. Selepas tejaga, Samantha mendapati dirinya dikelilingi oleh keluarga dan sahabatnya. Namun, timbul  satu masalah dan kekeliruan… nampaknya, dia tidak berhasil untuk mengingati siapakah mereka – malah dirinya sendiri. Pertama kali bersiaran di Malaysia, ntv7 membawakan Samantha Who?, sebuah sitkom komedi setiap Jumaat, jam 9.00 malam.

Samantha (Sam) menghidapi penyakit amnesia, yang membenarkannya bergerak dan berfikir seperti biasa namun dia tidak mampu mengingati sebarang kenangan lepas. Ramai yang mungkin menganggapnya satu sumpahan. Namun Sam menganggapnya sebagai sebuah keajaiban apabila dia mendapati dirinya merupakan seorang individu yang kurang bermoral sebelum kemalangan tersebut. Malah, dia merupakan seorang wanita yang sombong, pengkhianat, mulut celupar dan kuat minum.

Dahulunya, Samantha adalah calon yang cocok dan tepat untuk gelaran perampas, nakal dan kejam. Lebih mengeruhkan keadaan, Samantha seorang pemaju di syarikat hartanah ternama di Chapman & Funk itu turut bertanggungjawab ke atas projek runtuhan sebuah kediaman nenek tua untuk binaan sebuah pusat belah belah mini. Alangkah bertuahnya Samantha kerana peristiwa tersebut telah jauh terpadam dari sudut ingatannya.

Dalam misinya menjejaki dirinya yang sebenar, Sam terpaksa bergantung kepada rakan-rakan dan kaum keluarganya yang bersifat eklektik seperti Regina (Jean Smart, “24,” “Designing Women”) dan Howard (Kevin Dunn, “Transformers,” “Dave”) yang rupa-rupanya pasangan ibubapa penyayang – walaupun Sam sudah dua tahun menyisihkan mereka. Gadis yang sepatunya menjadi sahabat karibnya, Dena (Melissa McCarthy, “Gilmore Girls”) ikhlas membantu, namun Andrea rakan baiknya yang sebenar, seorang gadis yang gemar berparti tampil dan mendedahkan perkara sebenar yang Dena dan Samantha sudah lama tidak bertegur sapa semenjak di Gred Tujuh.

Walaupun demikian, sementara meraikan kepulangan Samantha, Andrea nekad untuk menyembunyikan hal sebenar tentang Sam yang alkoholik, mempunyai hubungan bersama suami orang dan kerap melakukan perkara tidak bermoral. Lebih janggal lagi, Sam nampaknya tidak punya sebarang kenangan bersama kekasihnya, Todd yang sentiasa menyokongnya (Barry Watson, “What About Brian,” “7th Heaven). Adakah kepercayaannya pada  Sam akan berakhir setelah dia mendapati Sam pernah curang padanya?

Selepas beberapa insiden, Sam mendapati dirinya dikelilingi oleh ramai musuh dan bukan sahabat. Dia mengambil keputusan untuk memperbaiki dirinya dan maju ke hadapan. Dia berikirar untuk membuat pilihan yang baik, walaupun kadangkala nalurinya tidak membawanya ke haluan yang betul. Dia bermula dengan Frank (Tim Russ, “Live Free or Die Hard,” “Star Trek: Voyager”) penjaga rumahnya.

Untuk mengetahui siapakah diri Sam yang sebenarnya, wanita cekal ini harus kekal mencari cebis cebis kenangan yang akan membantunya mengingati segala perkara silam. Jadi, sertailah Sam dan rakan-rakannya, apabila dia mempelajari kepentingan sesebuah kenangan silam itu. Ciptaan Cecelia Ahern and Donald Todd, yang membawakan “Ugly Betty”, Samantha Who? bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam hanya di ntv7 (Stesyen 107 di Astro)!

Christina

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jawaban Trivia: Ziana Zain Berjaya Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik Balada

Keputusan Pemenang Peraduan Jom Menonton Madagascar Escape 2 Africa