in

Jawaban Trivia: Ziana Zain Berjaya Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik Balada

Mempertaruhkan sebuah lagu balada ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik dari Azalea berjudul Dingin, penyanyi bersuara tinggi ini bakal melakukan yang terbaik bagi melayakkan diri ke Juara Lagu ke 23 yang diadakan pada 18 Januari 2008. Budiey rasa lagu Dingin ada kelainan yang tersendiri. Tapi vokal kena mantap sebab korus lagu ni memang tinggi giler.

Ziana Zain akan mempersembahkan lagu Dingin yang menjadi antara 104 buah lagu yang dicalonkan sepanjang program Muzik-Muzik 2008 bersiaran. Kepada peminat, jangan lupa saksikan showmanship akak kita ni pada 5 Disember 2008 di TV3 secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Huk huk huk… ada yang teka Misha Omar… mmm… rambut dia nak sama kat belakang je, tapi kalau pandang depan, memang tak sama dengan Misha Omar.

Gambar terbaru Siti Roziana Bte Zain yang Budiey temui di sidang media Muzik-Muzik Separuh Akhir pada pagi tadi. Comel dan muda sungguh dia.

3044626669 Bac9B4Fb3D | 3

Hot Mama

3044645695 1E98E28E7E | 4

Sweet

3045481616 Ae497Df822 | 5

Ada style la…

3044627411 3Be22E47A7 | 6

Still slim like before

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Beli Album 2 DIVA – Kris Dayanti & Siti Nurhaliza Di Pasaran Sekarang

CHRISTINA APPLEGATE SAMANTHA WHO? PERTAMA KALI BERSIARAN DI MALAYSIA