in , , ,

Ada Perempuan Perampas, Ini Nasihat Caprice buat Laudya Cynthia Bella

Sejak akhir akhir ini, keruntuhan rumah tangga di kalangan selebriti semakin menjadi jadi. Persefahaman antara pasangan diperlukan dalam memenuhi kebahagian. Tidak dinafikan faktor orang ketiga perlu diambil kira dan dipandang serius.

Dah jadi lumrah manusia, walaupun milik orang tetapi dah kalau minat suami orang pun dia kejar. Terbaru, Laudya Cynthia Bella menggemparkan netizen apabila memuat naik foto terakhir bersama suaminya iaitu Engku Emran.

Menurut laporan, Laudya memuat naik status berkenaan kerana bimbang akan suaminya yang jadi sasaran bagi wanita perampas. Namun, tidak dinyatakan secara jelas masalah gangguan yang diterima oleh suaminya itu.

Laudya Cynthia Bella menegaskan dia tidak mahu lagi memuat naik foto bersama suami, Engku Emran di laman sosial kerana kerana bimbang jika suaminya itu menjadi sasaran wanita perampas).

“Insya-Allah ini muat naik terakhir! sama suami. Soalnya wanita-wanita zaman sekarang, mereka suka mahu sama yang kita punya.

“Kalau memang nak, mintanya dekat Allah ya mbak, tante, de (kakak, makcik, adik),”

– Laudya Cynthia Bella
Caprice

Isu yang melanda Laudya ini mendapat perhatian penyanyi rap, iaitu Caprice. Caprice amat sinonim di mata masyarakat kini dengan pandangannya terhadap sesuatu isu yang tular di media sosial. Pada kali ini, Caprice tampil di instagram miliknya memberikan pandangan tentang Emma Maembong dan juga Laudya.

Apa yang menarik adalah kepsyen yang dimuat naiknya iaitu tepuk sebelah tangan tak berbunyi sis. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata yang mengikuti perkongsian video berkenaan sangat setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Caprice ini.

Mana tidakkan, kalau perempuan per4mpas sekali pun kalau suaminya tak layam takkan tergugat institusi keluarga mereka. Ada yang memberi komen bahawa lelaki sejati tidak akan sekali-kali dapat dirampas mahupun diusik.

Sehingga kini, Laudya dan suami masih belum tampil memberikan penjelasan tentang masalah sebenar yang dihadapi mereka. Apa pun sama-sama kita doakan kebahagiaan untuk rumah tangga mereka. Mungkin perkongsian Laudya itu hanyalah langkah awal dan berjaga-jaga memandangkan banyak kes merampas dewasa ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Haqiem Rusli | 18

Kedah, Lokasi Terakhir Karisma Jelajah Suria 2019 

Riz Amin Model | 19

Mior Hashim Manap Tampil Dengan Telemovie DEMI MIRA di TV2