in , ,

Semua Terhibur! Setia Live Out Loud Concert Dihadiri 6 Ribu Penonton!

Lebih 6 ribu penonton hadir di ‘Setia Live Out Loud Concert’, yang membariskan lima orang artis tempatan iaitu Datuk Zainalabidin, Hael Husaini, Santesh, Nicholas Teo dan Pricilla Abby.

Sebuah konsert yang ingin meraikan muzik dan kehidupan, konsert ini diadakan buat julung kalinya oleh S P Setia, di hab gaya hidup milik mereka yang baharu sahaja dibuka pada 1 September 2022 yang lalu iaitu Setia EcoHill Walk di Setia EcoHill, Semenyih. 

ZAONAL ABIDIN Setia Live Out Loud Concert

Menurut Angelina Asmawi, syarikatnya, Afrozapin Network Sdn. Bhd. telah dilantik oleh S P Setia untuk menganjurkan ‘Setia Live Out Loud Concert. Beliau memberitahu, pada asalnya konsert tersebut mensasarkan seramai 3 ribu penonton namun pada saat akhir telah menerima peningkatan tempahan sehingga lebih 6 ribu pas.

Angelina memberitahu pada malam konsert, sambutan yang sungguh di luar jangkaan itu telah menyebabkan lebih 2 ribu penonton tidak dapat masuk ke dalam kawasan konsert dan terpaksa menonton daripada tepi pagar sahaja akibat tempat duduk yang telah dipenuhi.

Penonton Setia Live Out Loud Concert

Datuk Zainalabidin telah menzahirkan rasa gembiranya dengan kejayaan konsert ini menarik kehadiran yang tinggi. “Ini menunjukkan tindak balas yang amat baik daripada rakyat Malaysia. Setelah lebih dua tahun kita sunyi tanpa sebarang persembahan pentas secara langsung, industri seni tempatan kembali rancak dengan berbagai konsert dan persembahan daripada artis-artis tempatan” kata Datuk Zainal Abidin.

Penonton Setia Live Out Loud Concert

Setia Live Out Loud dimulakan pada jam 9 malam dengan persembahan gendang daripada kumpulan seni, Hand Percussion. Menampilkan gandingan Baki Zainal dan Caely See sebagai hos, seluruh persembahan telah diiringi alunan muzik secara langsung di bawah pimpinan pemuzik tersohor, Mac Chew dan dibarisi pemuzik-pemuzik berpengalaman antaranya Jenny Chin, Steve Thornton, dan Sham Kamikaze.

Nicholas Teo

Konsert telah dibuka dengan persembahan yang menggegarkan daripada penyanyi Santesh, yang mendendangkan lagu popularnya, Amalina. Santesh turut menyanyikan lagu terbaru berjudul ‘Jiwang’ dan sebuah lagu Tamil berjudul ‘Shocked’. Kelihatan penonton-penonton terhibur dengan sama-sama menyanyikan lagu-lagu dendangan Santesh. 

SANTESH

Dengan menampilkan barisan artis daripada pelbagai genre, Setia Live Out Loud berjaya memberi kepuasan kepada pelbagai lapisan masyarakat yang hadir. Berdasarkan data yang diterima, penonton-penonton bukan sahaja terdiri daripada penduduk setempat di Semenyih dan kawasan sekitar yang terdekat, malah turut dihadiri penonton-penonton daripada Penang, Seremban dan Kuantan. 

HAEL HUSAINI Setia Live Out Loud Concert

Bagi penyanyi Nicholas Teo, kehadirannya dalam konsert ini sememangnya dinantikan peminat-peminatnya di Malaysia. Pentas Setia Live Out Loud adalah persembahan pertamanya sejak mula mencipta nama di Taiwan. Penyanyi yang berasal daripada Pulau Pinang ini berharap agar satu hari nanti beliau akan berpeluang mengadakan konsertnya sendiri. Nicholas Teo mula dikenali ramai setelah memenangi Astro Talent Quest pada tahun 2002 sebelum dilamar menjadi artis rakaman oleh sebuah syarikat di Taiwan.

Selain Nicholas Teo, turut membuat persembahan pada malam itu adalah Pricilla Abby. Dia juga ketika ditemui meluahkan rasa seronok kerana dapat membuat persembahan di hadapan peminat-peminatnya di Malaysia dan berharap akan diberikan lebih banyak peluang untuk membuat persembahan pada masa akan datang.

Setia Live Out Loud turut menampilkan persembahan daripada sebuah kumpulan pop yang menggelarkan diri mereka The 15. Kumpulan ini dianggotai adik-beradik kepada penyanyi Naufara dan Pija Yasin, salah seorang juara Mentor. Terdahulu, Pija dan adik lelakinya, One Juicy, telah mewakili Malaysia dan memenangi pingat emas dalam World Championship of Performing Arts di Hollywood. 

Rata-rata penonton yang hadir ingin menyaksikan persembahan artis pujaan mereka. Hael Husaini adalah antara penyanyi yang ditunggu persembahannya. Menyanyikan hampir semua lagu hit tulisannya sendiri, persembahan Hael Husaini gamat dengan jeritan peminat-peminat yang teruja menonton Hael Husaini di atas pentas.

Biarpun Setia Live Out Loud merupakan konsert percuma namun usaha penganjur, Afrozapin Networks, menyediakan sistem bunyi lengkap dengan kualiti bertaraf antarabangsa amat dipuji. Malah penataan cahaya dan paparan seni visual yang sungguh mengagumkan berjaya menjadikan Setia Live Out Loud sebuah konsert yang gah.

ZAONAL ABIDIN Setia Live Out Loud Concert

Malam konsert Setia Live Out Loud dimeriahkan dengan persembahan utama daripada penghibur legenda, Datuk Zainalabidin yang telah mendendangkan 7 buah lagu, termasuk lagu wajib miliknya, Hijau. Datuk Zainalabidin turut menyanyikan secara santai beberapa lagu hit seperti ‘Suraya’ dan ‘Hanya Di Radio’. Selain menyanyi, Datuk Zainalabidin juga telah menunjukkan kepakarannya memainkan alat perkusi sambil membuat persembahan.

ZAONAL ABIDIN Setia Live Out Loud Concert

Kemuncak konsert Setia Live Loud adalah persembahan nyanyian beramai-ramai oleh barisan artis yang telah menyanyikan lagu ‘Ikhlas Tapi Jauh’, diiringi percikan mercun dan bunga api yang menaburi ruang udara kawasan konsert Setia Live Loud. Untuk menonton seluruh perjalanan konsert Setia Live Out Loud, peminat-peminat boleh menonton secara strim di akaun media sosial @setialiveoutloud di Facebook, Instagram dan Youtube. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ini Senarai Program & Drama Menarik Meriahkan Hari Malaysia di TV1

Mencabar Mental & Fizikal, FIT FOR ACTION Kini Bermula di TV3