in , ,

Dramatari RATU KUNING LANGKASUKA di Panggung Sari, Istana Budaya

Ratu Kuning Langkasuka adalah karya dramatari yang dihasilkan oleh Istana Budaya bertujuan mengangkat genre persembahan yang berbeza, sarat dengan garapan artistik serta mempunyai nilai estetika yang lebih tinggi.

Dramatari ini juga diangkat untuk menyerlahkan profesionalisme para koreografer dan kebolehan kumpulan Artis Tari Istana Budaya dalam menterjemahkan naskhah legenda di pentas berprestij tanah air, diiringi muzik Orkestra Tradisional Malaysia (OTM).

Diarahkan oleh Sabera Shaik, penggiat teater tanah air yang telah mementaskan banyak teater di dalam dan luar negara, dibantu oleh Zainal Abidin Bujang, salah seorang koreografer senior Istana Budaya, selaku Pengarah Tari dan arahan muzik oleh Mohd Yazid Zakaria, konduktor dan pengarah OTM.

Poster RATU KUNING LANGKASUKA

Ratu Kuning Langkasuka berkisarkan kisah cinta agung pasangan diraja Ratu Kuning dan Yang Dipertuan Muda Johor yang melalui pelbagai onak dan duri dilalui tatkala melayari bahtera perkahwinan.

Muncul pula Dang Sirat yang menggunakan pelbagai muslihat untuk menawan hati Yang Dipertuan Muda Johor demi mencapai kekuasaan yang diinginkan. 

Disebabkan perkara tersebut, hati Ratu Kuning berkecai dan memberi kesan kepada hubungan perkahwinan mereka serta kerajaan yang diperintah baginda.

Akibat malu dengan kecurangan yang dilakukan, Yang Dipertuan Muda Johor kembali ke negeri asal. Tahun berganti tahun, rasa rindu dan cinta yang mendalam menyebabkan Ratu Kuning berlayar ke Johor kerana perasaan rindu yang tidak dapat diungkapkan kepada suaminya.

Persoalan sama ada Ratu Kuning dan Yang Dipertuan Muda Johor dapat disatukan, bakal menjadi klimaks dalam pementasan ini.

Dramatari Ratu Kuning Langkasuka akan dipentaskan selama tiga (3) hari iaitu pada 23 & 24 September 2022, 8:30 malam manakala pada 25 September 2022, 3:00 petang di Panggung Sari, Istana Budaya.

Tiket berharga RM35, RM55, RM85 dan RM125 boleh didapati di laman sesawang Istana Budaya www.istanabudaya.gov.my bermula 1 Ogos 2022 dan di Kaunter Box Office seperti berikut:

21 – 22 September 2022 – 11:30 pagi hingga 3:00 petang

23 September 2022 – 3:00 petang hingga 9:00 malam

24 – 25 September 2022 – 3:00 petang hingga 9:00 malam.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Pemasaran dan Pengurusan Panggung di talian 03 4026 5555/ 5546 / 5553.

Orang ramai yang ingin menyaksikan persembahan ini perlu lengkap divaksin, memakai pelitup muka sepanjang persembahan dan mematuhi SOP MKN serta peraturan sedia ada di Istana Budaya. 

Kanak-kanak berusia enam (6) tahun ke atas dibenarkan menonton dengan syarat ditemani ibu bapa atau penjaga yang telah lengkap vaksinasi.

Pihak Istana Budaya berhak menghalang orang ramai yang bergejala dan tidak mematuhi SOP daripada memasuki premis.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mencabar Mental & Fizikal, FIT FOR ACTION Kini Bermula di TV3

Malaysia Antara Negara dengan Jumlah Tweet K-Content Terbanyak