in

Bunkface Lancar Teknologi Augmented Reality Album Bunk Not Dead

PELANCARAN TEKNOLOGI AUGMENTED REALITY ALBUM BUNK NOT DEAD
ARTIS: BUNKFACE
TEMPAT: TEEQ RESTAURANT, LOT 10 KUALA LUMPUR

Bunkface

Tanggal 27 November 2012, bakal terciptanya sejarah buat kumpulan Bunkface apabila mereka telah melancarkan album Augmented Reality (AR) pertama mereka yang bertajuk “BUNK NOT DEAD”.

Pelancaran album ini diadakan di Teeq Restaurant, Lot 10, Kuala Lumpur.

[pullquote align=”right”]Acara ini telah dirasmikan oleh Dato’ Mukhriz bin Tun Mahathir.[/pullquote]

Ini merupakan pelancaran album Bunk Not Dead yang kedua di manapada 17 Julai 2012 laluBunkface cuma melancarkan album sahaja tetapitidak melancarkan teknologi AR ini.

Album Bunk Not Dead ini telah memuatkan sebanyak 13 lagu.Album ini mempunyai 4 lagu melayu dan 9 lagu Inggeris.

[dropcap]A[/dropcap]lbum ini juga merupakan album yang paling bermakna buat Bunkface apabila Bunkface telah membuat satu usahasama bersama Hunter Worldwide Interactive Sdn. Bhd. dan Galaxtar.com dan telah menjadikan Album ini sebagaiAlbum AR pertama di Asia.

Ini merupakan satu langkah berani bagi Bunkface untuk maju di dalam dunia perniagaan.

Bunkface telah membelanjakan sebanyak RM200,000.00 bagi membuat projek AR ini. Kos itu termasuklah tenaga kerja produksi, karyaseni, dan juga aplikasi Blippar itu sendiri.

Aplikasi ini hanya boleh digunakan oleh Ipod, Ipad, Iphone dan pengguna Android. Anda cuma perlu memuat turun aplikasi BLIPPAR secara percuma dan mengimbas album Bunkface dan akan kelihatan imej/video yang keluar di telefon pintar anda.

Apa yang menariknya mengenai album AR ini, anda boleh berinteraksi terus tanpa perlu masuk kelaman sesawang yang lain. Teknologi ini begitu mudah digunakan dan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk.

Tujuan utama mengapa Bunkface membuat pelancaran ini adalah ingin memberitahu seluruh media dan rakyat Malaysia bahawa Bunkface Production merupakan rakan perniagaan ekslusif bersama Galaxtar.com dan Faster Advertising, bagi memasarkan dan menyediakan platform teknologi AR yang menggunakan aplikasi Blippar di dalam industry hiburan Malaysia dan Indonesia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Mamak Cupcake Lakonan Shaheizy Sam

Single Terbaru iamneeta Berjudul Terima Kasih