in

Filem Mamak Cupcake Lakonan Shaheizy Sam

Syukur, dalam sibuk-sibuk pun, Budiey masih sempat untuk pilih pemenang untuk ke Anugerah Shout! dan juga The Twilight Marathon yang akan berlangsung esok.

[dropcap]Y[/dropcap]a, kedua-duanya akan berlangsung esok pada masa yang sama. Tahniah buat semua pemenang. Kepada yang tak berjaya, jangan putus asa dan down ya, sebab Budiey pun pening masa nak pilih pemenang. Ramai sangat yang hantar entri emel untuk masuk peraduan ini.

Oh ya, pada hari ini, Budiey telah menerima satu sedutan video dari Grand Brilliance yang telah pun selesai menjalani penggambaran filem terbaru berjudul Mamak Cupcake yang dibintangi oleh Shaheizy Sam, Siti Saleha, Maria Farida, Azad Jazmin dan ramai lagi baru-baru ini.

Pada jam 3 petang semalam telah berlangsung majlis sidang media filem Mamak Cupcake. Dengar ceritanya, sangat meriah.

[pullquote align=”right”]Lihat pada video kat bawah ni, filem ini seperti ada elemen muzikal dan tarian. Ceria je diorang ni menari ala-ala hindustan.[/pullquote]

Dah lama tak tengok Shaheizy Sam di layar lebar. Mungkinkah filem ini bakal menaikkan kembali aura populariti Sam yang dirampas oleh Aaron Aziz?

Mana kita tau, kan? Sama-sama kita tengok nanti.

Dalam filem Mamak Cupcake ni, watak Shaheizy Sam ni bercinta dengan watak Siti Saleha. Nak tengok romantik ke tak, sila tengok gambar-gambar kat bawah ni.

[highlight]Sinopsis[/highlight]: Filem ini berkisar tentang seorang anak jati Penang berketurunan Mamak iaitu MJ (Shaheizy Sam) yang mempunyai konflik minat dan matlamat hidup yang sangat berbeza di mana MJ amat meminati pembuatan kek cawan atau cupcake.

Malangnya, hasrat beliau terhalang kerana terpaksa bertarung hasrat bapanya yang menginginkan beliau untuk mewarisi perniagaan tradisi keluarganya. MJ hampir berputus asa sehinggalah beliau berjumpa dengan seorang gadis iaitu Juliana (Siti Saleha) yang mengembalikan semangat beliau.

Jadi, yang mana satukah pilihan MJ? Adakah MJ akan terus meneruskan perjuangan beliau demi minat ataupun meneruskan tradisi turun temurun perniagaan keluarganya? Nantikan kesudahan filem Mamak Cupcake yang bakal menemui anda tidak lama lagi.

Jemput tengok:

Official facebook mamak cupcake pun dah ada di www.facebook.com/mamakcupcake

Filem Mamak Cupcake

Filem Mamak Cupcake

Filem Mamak Cupcake

Filem Mamak Cupcake

Filem Mamak Cupcake

Filem Mamak Cupcake

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia X Announces Direct Flights to Shanghai China

Bunkface Lancar Teknologi Augmented Reality Album Bunk Not Dead