in , ,

Bunkface Lancar Single KORANG, Ditujukan Khas Buat Peminat & Sahabat

Kumpulan rock tempatan, Bunkface telah melancarkan single terbaru mereka yang diberi judul “KORANG”.

Tidak seperti kebanyakkan lagu lagu Bunkface sebelum ini dimana lagu nya ditulis sendiri oleh Sam (Vokalis Bunkface), kali ini Sam berkongsi karyanya bersama sama penulis yang lain seperti Epul Kuat, Izzy Musa dan Shahir. 

Anggota kumpulan yang lain, Youk & Pa’an juga turut serta dalam proses penulisan lirik untuk lagu KORANG. 

“Lagu ini menceritakan mengenai permulaan perjalanan kami sebagai sebuah band yang bergerak secara “independent” sebagai Bunkface, dan kami sangat menghargai pengalaman yang dilalui bersama-sama dengan peminat dan sahabat sahabat rapat disekeliling kami yang tidak pernah putus berdiri teguh di belakang Bunkface! Lagu ini adalah untuk korang semua” – Bunkface. 

Korang

Tambah Sam lagi “Semua orang ada memori, semua orang ada hati, semua orang ada orang tersayang , semua orang ada korang,” – Sam. 

Bunkface Lancar Single Berjudul Korang. Ditujukan Khas Buat Peminat &Amp; Sahabat

Lagu “KORANG” telah dilancarkan pada jam 12 pagi 16th Mac 2022 di seluruh platform digital rasmi Bunkface : https://bfan.link/korang

Muzik video rasmi “KORANG” pula dilancarkan pada jam 9 Malam 18th Mac 2022 di laman YouTube rasmi Bunkface : https://youtu.be/NurIb7CVBW4

Tajuk lagu : KORANG

Composer : Sam Bunkface , Paan , Youk , Epul Kuat , Izzy Musa , Shahir 

Lirik : Sam Bunkface , Paan , Youk 

Producer : Sam Bunkface, Paan, Youk, Epul Kuat, Izzy Musa, Shahir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

George Russell | 18

Formula One Driver George Russell Becomes A Puma Ambassador

Marsha Milan | 19

Tip Cara Hidup Sihat Marsha Bersama Selebriti Dalam DIARI FIT & FIGURA