in , ,

Bukan Tarik Diri, Aaron Aziz Akui Dibuang Dari Filem Syamsul Yusof

Saya bukan tarik diri, tapi dibuang” – Aaron Aziz jawab sebab tak berlakon filem Syamsul Yusof

Pelakon Datuk Aaron Aziz mengesahkan dia tidak terlibat lagi dalam filem Original Gangster arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

“Saya bukan tarik dari, tapi dibuang,” jawab aktor popular, Datuk Aaron Aziz mengesahkan bahawa dirinya sudah tidak lagi terlibat langsung filem Original Gangster arahan Syamsul Yusof.

Bagaimanapun, Aaron Aziz tidak mahu mendedahkan punca dia dibuang daripada filem berkenaan kerana enggan membuka aib sesiapa.

“Saya cuma boleh katakan saya tak terlibat dalam Original Gangster. Saya nak jadi profesional, saya tak nak buka aib sesiapa.

“Saya bagi muka pada Datuk Yusof Haslam, saya anggap dia macam bapa saya. Siapa yang tahu… tahulah,” jelasnya.

Bukan Tarik Diri, Aaron Aziz Akui Dibuang Dari Filem Syamsul Yusof

Aaron berkata demikian ketika ditemui semasa majlis Anugerah Drama Sangat 2023 yang berlangsung pada Ahad lalu.

Dalam pada itu, ketika ditanya adakah berlaku perselisihan faham antara dia dan Syamsul, tidak mahu mengulas mengenainya.

“Selisih faham tu.. yang faham tu faham jelah. Yang tak faham, tak payah faham. Saya tak nak buka cerita.

“Apapun saya doakan yang terbaik,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai perkembangan kerjayanya ketika ini, Aaron memberitahu dia kini membintangi filem Sheriff terbitan Skop Production.

Filem The Original Gangster dibintangi pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Yayan Ruhian, Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam dan Soffi Jikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nurkasih Dipilih Menjadi Tema Syahadah Musim Ke-17 Sepanjang Ramadan

K-Clique & Sonaone Perform di Showcase Eksklusif Road To Rolling Loud KL