in

Bobo Kini Jadi Artis MIG Bakal Perkenal Video Parodi Terbaru

[dropcap]S[/dropcap]elepas video parodi ‘Sayang’ nyanyian asal penyanyi Indonesia, Shae menjadi fenomena, Bobo bakal keluar dengan dua video parodi baru iaitu lagu ‘Kisah Hati’ nyanyian Alyah dan lagu ‘Gentleman’ nyanyian Psy. Pemilik nama sebenar Mohamad Farezzul Mohamad Kasim ini pernah menggegarkan Malaysia apabila video parodi lagu ‘Sayang’ menjadi popular di laman Facebook dan YouTube. Video berdurasi 3 minit itu mendapat perhatian ramai sehinggakan Johan pernah meniru kembali aksi dan gaya Bobo ketika berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 lalu.

Bobo

Mungkin dek kerana popularitnya itu, Bobo kini mengorak langkah untuk bergelar artis apabila dia kini secara sah mengikat kontrak menjadi artis naungan MIG selama lima tahun. Tetapi kontrak itu akan diperbaharui setiap tahun.

“Setakat ini belum ada lagi projek yang dijalankan bersama pihak MIG kerana saya baru sahaja mengikat kontrak tersebut. Tapi insya-Allah selepas ini akan ada projek-projek yang saya jalankan bersama MIG untuk lakonan filem ataupun drama,” jelas pemuda berusia 20 tahun ini.

“Sebelum ini, saya bekerja di sebuah hotel di Melaka sebagai seorang pelayan tapi saya sudah berhenti sebelum mengikat kontrak dengan MIG lagi. Saya juga bakal mengeluarkan video ucapan sempena Hari Ibu yang akan jatuh pada 12 Mei ini,” ulas Bobo lagi.

Pernah tampil dengan video ‘Teman Pengganti’ dan ‘Diamond’, Bobo menjelaskan dia sudah bersedia untuk masuk dalam industri hiburan dan ingin serius dalam bidang ini. Jika sebelum ini dia hanya membuat video parodi atas tujuan suka-suka dan untuk diberikan kepada kawan-kawannya yang lain, kini dia melihatkan bidang ini sebagai satu kerjaya.

“Saya tak pernah terfikir pun video yang saya buat menjadi fenomena. Tetapi apabila saya dapat tawaran sebegini, saya ambil peluang yang ada. Saya akan mula serius dalam industri ini untuk menghiburkan orang ramai,” jelas pemuda yang masih menetap di Melaka ini dan akan ke Kuala Lumpur jika ada undangan berkenaan kerjaya seninya. – Portal GUA

Budiey: Betullah orang cakap, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Untuk anda kat luar sana yang ada bakat, baik gunakan bakat anda sebaik mungkin. Tak kiralah apa kelebihan anda sekalipun. Tonjolkan diri anda tak payah malu-malu. Budiey ucapkan, semoga Bobo terus sukses. Biar pun ada yang kata, menjadi youtubers ni hanya sekadar sementara, Bobo kena buktikan yang momentum beliau sentiasa meningkat dan menjadi viral di laman sosial.

bobo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wajah Baru Galeri Muzium Rumah Panjang dari Sarawak Energy

Branson Finally Graduates as AirAsia’s Flight Attendant