in

Andy Lau Buta Dalam Filem BLIND DETECTIVE

Kehilangan deria melihat tidak menghalang seorang detektif untuk menyelesaikan kes yang tidak dapat dirungkai oleh orang lain. Saksikan filem “Blind Detective” menemui penonton dalam slot Golden Dragon pada 1 Mac, pukul 9.30 malam.

Andy Lau Buta Dalam Filem BLIND DETECTIVE di TV2

Filem garapan Johnnie To ini menampilkan gandingan mantap Andy Lau dan Sammi Cheng yang tidak asing lagi namanya dalam dunia perfileman Hong Kong. Andy Lau memegang watak sebagai seorang detektif bernama Johnston Chong See-tun yang sangat handal menyelesaikan kes-kes yang sudah menemui jalan buntu. Dengan kehandalannya dia dapat merungkai apa saja kes yang diberi kepadanya.

Sammi Cheng

Namun semua itu berubah apabila dia terpaksa bersara akibat kehilangan deria penglihatan. Dia terpaksa meninggalkan pekerjaan yang sudah sebati dengan dirinya. Bukan mudah untuk hidup dalam keadaan buta tetapi Johnston terus kuat menghadapi segala cabaran.

Demi menyara hidupnya dia terus berusaha menyelesaikan pelbagai kes dan mendapat bayaran daripada pihak polis. Plot semakin berkembang apabila Johnston berjumpa dengan Ho Ka Tung, seorang inpektor yang cantik ketika menyelesaikan satu kes rompakan.

Menyedari Johnston mempunyai kehebatan luar biasa walaupun buta, Ho meminta bantuan Johnston untuk menyelesaikan kes yang tidak dapat dirungkainya. Mereka berganding untuk memberkas seorang pembunuh bersiri.

Adakah gandingan mereka berjaya menyelesaikan kes tersebut? Mampukah Johnston mengatasi kekurangannya? Ikuti kesudahan kes mereka di TV2.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Johnston See-tun dan Ho Ka Tung

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Korang Perlu Tahu Tentang CERIA MEGASTAR

Filem MALAVITA Lakonan Robert De Niro