in

Yang Korang Perlu Tahu Tentang CERIA MEGASTAR

‘Ceria Megastar’ Himpun Juara dan Finalis di Satu Pentas Utama Bagi Merebut Gelaran ‘MEGASTAR’

18 peserta daripada empat program realiti janjikan persaingan sengit lagi mendebarkan

18 peserta terbaik daripada empat program realiti pencarian bakat di Malaysia iaitu ‘Ceria Popstar’, ‘Ceria All Stars’, ‘Ceria i-Star’ dan ‘Bintang Kecil’, bakal bergabung dan beradu tenaga mempersembahkan kehebatan bakat masing-masing dalam sebuah program realiti terbaharu, “Ceria Megastar”, dengan membawa misi yang sama iaitu untuk merebut takhta terunggul, ‘MEGASTAR’.

CERIA MEGASTAR

CERIA MEGASTAR Himpun Juara dan Finalis di Satu Pentas Utama

Program ini akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 2 Mac 2018, jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611) serta siaran serentak di Astro Prima (saluran 105), Astro Maya HD (saluran 135) dan di platform digital, Astro GO.

• Penerbitan ‘Ceria Megastar’ bertujuan untuk mencari peserta terhebat yang berjaya mempamerkan sepenuhnya bakat mereka di atas satu pentas utama. Mereka ini merupakan barisan pemenang dan peserta yang lahir menerusi empat program realiti pencarian bakat yang dianjurkan sebelum ini iaitu ‘Ceria Popstar’, ‘Ceria All Stars’, ‘Ceria i-Star’ (ketiga-tiga program adalah terbitan Astro) dan ‘Bintang Kecil’ (terbitan RTM).

• ‘Ceria Megastar’ turut menyuntik elemen Nusantara apabila menampilkan salah seorang peserta, Syifa, 8 tahun, yang berasal dari Jakarta, Indonesia. Beliau merupakan juara program ‘Ceria i-Star 2017’.

• Kesemua peserta yang terlibat adalah dalam lingkungan umur 10 hingga 20 tahun.

• ‘Ceria Megastar’ akan bersiaran sebanyak 10 episod, berdurasi selama 1 jam bagi setiap episod, dengan episod pertama dijangka bakal menemui peminat pada Jumaat, 2 Mac 2018, jam 9.00 malam.

• Episod pertama hingga separuh akhir (episod sembilan) merupakan episod rakaman, manakala episod akhir akan dipancarkan secara langsung.

• Kepelbagaian bakat yang hadir dalam ‘Ceria Megastar’ tidak terhad pada bakat nyanyian semata-mata tetapi juga bakat bercerita, bermain alat muzik, kebolehan menghasilkan lukisan menerusi semburan cat dan juga bakat dalam seni mempertahankan diri.

• Setiap persembahan peserta akan dinilai oleh dua orang Juri Tetap iaitu pengacara tersohor tanah air, Datuk Aznil Haji Nawawi dan juga pelawak, pelakon dan penyampai radio popular, Johan. Seorang selebriti akan diundang pada setiap persembahan mingguan sebagai Juri Jemputan.

• Pelawak, pengacara dan pelakon tersohor, Nabil Ahmad pula akan menggalas tugasan selaku Pengacara program.

CERIA MEGASTAR

FORMAT ‘CERIA MEGASTAR’

• 18 peserta ‘Ceria Megastar’ akan dibahagikan kepada tiga kumpulan (terdiri daripada enam peserta untuk setiap kumpulan), di mana setiap kumpulan akan bertanding pada setiap episod selama tiga episod berturut-turut.

• Hanya 8 peserta terbaik akan dipilih berdasarkan purata pemarkahan paling tinggi yang diberikan oleh barisan juri untuk layak ke peringkat seterusnya dan keputusan tersebut akan diumumkan pada episod empat.

• Daripada segi pemarkahan, peserta akan dinilai sepenuhnya oleh barisan juri bermula daripada episod satu hingga episod sembilan (episod separuh akhir). Manakala episod akhir pula, 50% pemarkahan diberi oleh barisan juri, 30% menerusi undian atas talian dan 20% menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) daripada penonton.

CERIA MEGASTAR

PETIKAN KENYATAAN RASMI

Marissa Hanafi, Penolong Naib Presiden Segmen Kanak-Kanak & Remaja berkata:

“Buat julung kalinya, kami di Astro Ceria membuka pintu kepada bakat-bakat hebat yang lahir daripada empat program pencarian bakat cilik popular tanah air – ‘Ceria Popstar’, ‘Ceria All Stars’, ‘Ceria i-Star’ dan ‘Bintang Kecil’ untuk berada di satu pentas utama dan sekali lagi mempertaruhkan bakat masing- masing demi merebut gelaran ‘Megastar’.

Bagi menjayakan program ‘Ceria Megastar’ ini, kami telah menjemput semua peserta terbaik daripada setiap program tersebut untuk hadir ke sesi ujibakat tertutup yang telah diadakan di Astro baru-baru ini. Dari situ, kita menilai semula bakat yang dipersembahkan oleh setiap peserta dan mengambil kira faktor-faktor seorang ‘bintang’, terutamanya aura seni yang terbit dari dalam diri mereka. Justeru itu, barisan 18 peserta ‘Ceria Megastar’ ini merupakan mereka yang terbaik dalam kalangan terbaik.

Menerusi program ini juga, kami yakin bahawa Astro Ceria khususnya dan Astro umumnya berada di landasan yang betul dalam membawa misi meraikan dan menghargai kepelbagaian bakat, seterusnya mengungguli usaha melahirkan nama-nama baru yang terulung lagi hebat untuk mengharumkan nama negara di persada seni.”

HADIAH KEMENANGAN

• Juara – RM 20,000.00 dan sebuah trofi

• Saguhati – RM 5,000.00 dan sebuah trofi (untuk 3 finalis akhir)

BUTIRAN SIARAN
Kehebatan bakat 18 peserta ‘Ceria Megastar’ dapat disaksikan pada setiap hari Jumaat, mulai 2 Mac 2018 jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611), Astro Prima (saluran 105) dan Astro Maya HD (saluran 135). Program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO.

IKUTI BERITA TERKINI ‘CERIA MEGASTAR’
@astroceria
#CeriaMegastar

CERIA MEGASTAR

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Drama SUAMIKU MAT PIUN

Andy Lau Buta Dalam Filem BLIND DETECTIVE