in ,

Netflix Dedah Tajuk Episod Perdana Siri Live-Action ONE PIECE

Tajuk episod pertama siri live action Netflix One Piece telah didedahkan akaun Twitter rasmi perkhidmatan streaming itu.

Episod 1.01 secara rasmi bertajuk “Romance Dawn”, ditulis oleh Matt Owens dan Steven Maeda. Bersama gambar draf skrip, kapsyen Twitter itu berbunyi “Tidak kira betapa sukar atau tidak mustahilnya, jangan pernah melupakan tujuan anda.”

Menurut IGN, tajuk episod perdana mungkin memberi petunjuk kepada kisah asal usul One Piece, dimana Romance Dawn pertama kali diterbitkan sebagai siri ‘one-shot’ oleh pencipta Eiichiro Oda (nampaknya tidak disebut One Piece ketika pertama kali diterbitkan, tetapi kemudian “diterima pakai” sebagai asal-usul manga) dalam Shonen Jump 1996 Summer Special. Ia juga merupakan cerita pertama dalam siri anime. 

Netflix Dedah Tajuk Episod Perdana Siri Live-Action ‘One Piece’

Manga One Piece ditulis dan dilukis oleh Oda, mengikuti kisah Monkey D. Luffy, ketua krew lanun, Straw Hat Pirates, yang memperoleh kekuatan untuk mengubah tubuhnya menjadi getah setelah memakan “Buah Iblis”, dan menjelajah dunia fantasi pulau-pulau eksotik dan lautan luas untuk mencari harta karun legenda yang dikenali sebagai “One Piece” untuk menjadi Raja Lanun seterusnya. 

Siri ‘live-action’ akan datang ditulis oleh Steven Maeda (The X-Files), yang turut menjadi ‘showrunner’ dan penerbit eksekutif, bersama penulis Matt Owens (Agents of SHIELD), yang juga penerbit eksekutif. Mereka akan di sertai Marty Adelstein dan Becky Clements (SnowpiercerCowboy Bebop), yang turut menjadi penerbit eksekutif bersama penulis asal, Eiichiro Oda. 

Barisan pelakon siri live-action bagaimanapun masih belum diumumkan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Tongkat Ali Hanya Untuk Seks? Ini Jawab Fahrin Ahmad

Lagu CINTA TAK BERTEPI Bukan Kisah Cinta Sufian Suhaimi Bersama Kekasih Baru