in , ,

Huawei Nova 9 Bakal Dilancarkan Pada 23 September Ini

Ada ura-ura mengenai Huawei Nova 9 sedang bertebaran yang mana ia kini akan dilancarkan secara rasmi pada 23 September 2021. Betul ke?

Menerusi poster promosi yang dikongsikan, rekaannya tampil seperti siri P50 yang diperkenalkan Julai lalu.

Selain itu, ia akan didatangkan terus sistem operasi HarmonyOS terkini dan menurut Huawei, telefon ini bakal menawarkan teknologi baharu. Turut dijangka hadir skrin OLED dengan kadar segar semula yang tinggi, dwi-kamera swafoto dan pengimbas cap jari pada skrin.

huawei-nova-9-official-announce-2

Tambahan lagi, terdapat juga ura-ura mengatakan ia akan mempunyai varian standard dan varian Pro yang mana versi tertinggi akan mempunyai pengecasan 100W. Apa-apa pun, nanti perincian lanjut berkaitan peranti ini pada 23 September ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Joe Flizzow, Hullera & Bunga Bergabung Dalam Single KENA CHECK

Betul Ke Tongkat Ali Hanya Untuk Seks? Ini Jawab Fahrin Ahmad