in

Rahsia Penampilan Menarik & Kulit Licin Fahrin Ahmad Kini Terbongkar

Rangkaian Gillette Mach3® baru yang dilancarkan hari ini kini datang dengan bilah pencukur yang lebih tajam dan jalur pelincir yang dipertingkatkan untuk memberi hasil cukuran dan kulit yang hebat. Rangkaian Mach3® terdiri daripada Gillette Mach3®, Mach3® Sensitive dan Mach3® Turbo, dipertingkatkan untuk memberikan hasil cukuran dan kulit yang hebat, walaupun pada cukuran yang ke-10.

Rahsia Penampilan Menarik & Kulit Licin Fahrin Ahmad Kini Terbongkar

[dropcap]L[/dropcap]elaki Malaysia memberi perhatian yang tinggi kepada kulit mereka. Namun, bercukur dengan pisau cukur pakai buang biasa menjejaskan kulit dan biasanya meninggalkan kesan kemerahan dan kerengssan.

Kini, ia tidak lagi menjadi masalah kerana Gillette, peneraju global dalam penjagaan pencukuran global dan peirntis industri telah menaikkan tahap inovasi sekali lagi dengan rangkaian Mach3® yang baru.

Ong Yuh Hwang, Ketua Pegawai Eksekutif Procter & Gamble Malaysia, Singapura & Brunei berkata

“Gillette faham bahawa kulit yang hebat bermula dengan cukuran yang hebat, terutamanya apabila sedang bersiap untuk acara yang penting di mana kita perlu memberikan penampilan yang terbaik. Kami juga faham bahawa kesan kemerahan dan kerengsaan akibat bercukur dengan pisau cukur pakai buang yang murah boleh menghalang anda dari mendapat kulit yang hebat.”

“Di Gillette, kami faham mengenai keperluan ini dan kini memperkenalkan rangkaian Mach3® baru untuk membolehkan para lelaki di luar sana mendapatkan kulit yang kelihatan lebih baik. Bercukur adalah langkah pertama di dalam rutin penjagaan kulit lelaki dan anda tidak sepatutnya menghadapi kerengsaan.”

Memperkenalkan pengalaman bercukur tanpa kesan kemerahan dan kerengsaan yang biasa terjadi selepas bercukur

Hero dalam rangkaian ini adalah Gillette Mach3® Turbo yang diperhebat dengan bilah pencukur yang lebih tajam, teknologi lapisan bilah yang lebih maju dan bar gel yang dipertingkat untuk mengurangkan “daya potongan” ketika mencukur rambut yang kasar untuk mendapatkan hasil cukuran yang hebat – selesa dan kemas.

Mach3 Turbo_Three Quarter On Metal

Gillette Mach3® Turbo baru mempunyai bilah pencukur turbo lebih tajam yang direka untuk mencukur rambut dengan daya potongan yang lebih rendah lalu membolehkan anda mendapatkan cukuran yang selesa tanpa perlu menghadapi kerengsaan dan kesan kemerahan selepas itu.

Keluli bilah pencukur Gillette Mach3® Turbo baru dilapis dengan teknologi TUT (Thin Uniform Telomer) yang menguatkan bilah yang halus dan mengurangkan daya potongan. Ini memberikan lebih keselesaan ketika bercukur dan membantu mendapatkan cukuran yang lebih kemas. Teknologi TUT tidak boleh didapati pada mana-mana pisau cukur lain.

Selain itu, bar gel yang diperhebat mengandungi “pelincir pengalas” untuk memberikan pelinciran yang lebih baik dan meluncur apabila anda bercukur untuk mendapatkan kulit yang hebat. Oleh itu, Mach3® adalah lebih baik berbanding pisau cukur pakai buang, walaupun pada cukuran yang ke-10.

Mach3 Sensitive

[pullquote align=“left”]Rangkaian Gillette Mach3® yang baru juga mendapat manfaat daripada tujuh ciri-ciri utama yang menumpukan kepada cukuran yang hebat untuk membolehkan lelaki mendapatkan kulit yang hebat.[/pullquote]

Pertama, Gillette Mach3® adalah pisau cukur tiga bilah di mana bilah pencukur yang pertama mampu menarik rambut keluar daripada folikel kulit untuk membenarkan dua bilah pencukur yang lain mencukur rambut hingga ke akarnya.

Ia mempunyai pemegang spring individu yang melaras tekanan pencukuran dan jenis kulit yang berbeza untuk memberikan pengalaman bercukur yang selesa. Pelindung kulit yang baru ini lembut dan fleksibel untuk melicinkan kulit sebelum dicukur.

Tidak seperti pisau cukur pakai buang biasa, Gillette Mach3® kini mempunyai pangsi hadapan untuk mengalihkan daya agar menjauhi bilah pencukur. Ini mencipta “binaan terbuka” yang memudahkan katrij dibilas dan dibersihkan.

Mach3 Turbo_Three Eighths On Metal

Pemegang Gillette Mach3® yang ergonomik memberikan pegangan dan kawalan yang kukuh, walaupun dalam keadaan basah. Akhir sekali, sistem cantuman tunggal menghubungkan pemegang kepada katrij bilah pencukur berputar dengan mudah, lalu menempatkan katrij ke atas kulit dengan selesa.

Selebriti tempatan Fahrin Ahmad setuju bahawa penampilan yang menarik dengan kulit yang hebat boleh meningkatkan keyakinan,

“Saya percaya alat pencukur yang betul boleh memberikan kulit yang hebat. Kita perlu mendapatkan pisau cukur yang sesuai untuk hasil yang terbaik. Apabila anda memulakan hari dengan kulit yang hebat, minda anda juga akan memfokus untuk melakukan perkara yang hebat!”

Gillette memperkenalkan Mach3® baru di Talent Lounge dalam sebuah acara ala rancangan bual bicara yang dihoskan oleh Nadia Heng.

Untuk menghiburkan para tetamu dan media, Nadia dan Fahrin berinteraksi dengan para hadirin melalui permainan perkataan. Fahrin juga berkongsi cerita mengenai cabaran merias diri untuk lelaki dan bagaimana beliau mengatasinya dengan Gillette Mach3® baru.




Dengan Gillette Mach3® baru yang memberikan keselesaan dan kekemasan cukuran, anda boleh mendapatkan kulit yang kelihatan hebat dengan hasil cukuran yang hebat!

3 Manfaat Utama Gillette Mach3® Turbo

1. Bilah lebih tajam yang menggunakan daya potongan yang lebih rendah, memberikan pengalaman bercukur yang lebih selesa dan mengurangkan kerengsaan dan kesan kemerahan selepas bercukur.

2. Teknologi salutan bilah pencukur yang maju, Teknologi Thin Uniform Telomer (TUT) memberikan kekuatan yang tinggi kepada bilah pencukur yang halus dan mengurangkan daya potongan. Setakat ini, teknologi ini hanya boleh didapati pada Mach3® Turbo.

3. Bar gel yang dipertingkat kini 30% lebih lebar, direka untuk sentuhan yang lebih baik dengan kulit, dan mengandungi lebih “pelincir pengalas” untuk memberi pelinciran dan luncuran yang lebih baik.

7 Ciri-Ciri Utama Rangkaian Gillette Mach3® Baru

1. 3 bilah berbanding 2 bilah pencukur Apabila mencukur dengan pencukur pelbagai bilah, ia menggunakan fleksibiliti rambut di dalam folikel dan proses ini dikenali sebagai “histeresis” yang memberikan hasil cukuran yang lebih kemas dan tahan lama.

2. Bilah yang disambung dengan spring Dalam rangkaian Mach3®, setiap bilah dipasang secara individu pada pemegang spring. Ia bergerak ke atas dan ke bawah dan melaras secara automatik tekanan pencukuran dan jenis kulit yang berbeza lalu menambahkan keselesaan cukuran.

3. Pelindung kulit Pelindung kulit Mach3® terdiri daripada microfin lembut dan fleksibel yang meregang kulit dengan lembut untuk menyediakan permukaan yang lebih licin kepada bilah pencukur lalu menambah keselesaan kulit dan mengurangkan kerengsaan.

4. Pangsi hadapan Pemegang Mach3® disambung di hadapan katrij untuk mengalihkan 50% daya dari tangan agar menjauhi bilah pencukur untuk meningkatkan keselesaan kulit dan memastikan katrij mengikut kontur wajah lelaki.

5. Binaan terbuka Pangsi hadapan juga menghasilkan “binaan terbuka” yang membolehkan katrij dibilas dan dibersihkan dengan lebih mudah.

6. Pemegang ergonomik Mach3® mempunyai pemegang ergonomik dengan titik pegangan elastomer untuk memberikan pegangan yang selamat dan kawalan yang bagus dalam keadaan basah.

7. Sistem cantuman tunggal Sistem cantuman tunggal menyambung pemegang ke katrij bilah pencukur berputar untuk menempatkan pencukur pada posisi yang optimum di atas kulit.

Varian Harga Jualan Yang Dicadangkan (in RM)
Mach3® Classic 15.90
Mach3® Sensitive 17.90
Mach3® Turbo 18.50

Rangkaian Gillette Mach 3® yang baru kini boleh didapati di semua cawangan jualan utama bermula Ogos.

Mach3 Turbo_Flag Pole Straight Blades Down

Mach3 Turbo_Three Quarter View Flagpole

Mengenai Procter & Gamble:
P&G berkhidmat untuk para pengguna di seluruh dunia dengan salah satu portfolio terkukuh bagi jenama-jenama yang dipercayai, berkualiti dan menerajui pasaran termasuklah Always®, Ambi Pur®, Ariel®, Bounty®, Charmin®, Crest®, Dawn®, Downy®, Fairy®, Febreze®, Gain®, Gillette®, Head & Shoulders®, Lenor®, Olay®, Oral-B®, Pampers®, Pantene®, SK-II®, Tide®, Vicks® dan Whisper®. Komuniti P&G merangkumi operasi di kira-kira 70 buah negara di seluruh dunia. Sila layari http://www.pg.com untuk berita terkini dan maklumat lanjut mengenai P&G dan jenama-jenamanya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bintang AF2 Fitri Zainal Nikah Dengan Nurul Azman

Tentang Muzik Video Green Day Berjudul BANG BANG