in ,

Betul Ke Fahrin Ahmad Ganti Aaron Aziz Jadi Hos Fear Factor?

Budiey ada terbaca di Facebook milik selebriti dan juga bintang AF iaitu Ebi Kornelis yang mengatakan beliau mendapat tawaran untuk menjadi peserta  Fear Factor Selebriti Malaysia musim 2. Wah, rezeki tu, jangan ditolak ya. Budiey percaya ramai lagi selebriti yang dapat jemputan untuk berlawan keberanian dalam program realiti ini. Wah, cepat betul program ni dah nak masuk musim kedua, iaitu selepas tiga bulan kumpulan pasangan Dazrin dan Hairul Azreen dinobatkan sebagai juara. Agak-agak siapalah yang akan jadi juara untuk musim kedua ni.

Tak perlu nak fikir panjang tentang peserta kerana sekarang ini dah ada spekulasi terbaru yang Budiey dengar tentang siapa yang akan menduduki kerusi pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia musim 2.

Melihat sambutan penonton menerusi musim pertama lalu, pastinya peminat-peminat setia program ini tidak sabar untuk mengetahui siapa pula artis-artis yang akan menyahut cabaran yang memang cukup mencabar mental dan fizikal sepanjang program itu nanti.

Namun, masih terlalu awal untuk kita semua ketahui barisan artis tersebut. Tetapi yang menarik perhatian, menurut sebuah portal hiburan, ura-ura mengatakan pelakon segak dan bertubuh sasa, Fahrin Ahmad bakal mengacarakan Fear Factor Selebriti Malaysia musim 2. Maka, ini bermakna Fahrin bakal menggantikan pengacara musim lalu iaitu pelakon kacak kegilaan ramai, Aaron Aziz?

Menurut sumber, Fahrin telah dihubungi oleh pihak Astro untuk berbincang mengenai perkara tersebut. Fahrin khabarnya sedia menerima kalau beliau dipertanggungjawab sebagai pengacara sebaliknya kalau sebagai peserta, aktor itu memilih untuk tidak menyertainya.

Apa-apa pun, ini baru khabar angin tapi kalau benar pun Fahrin dipilih sebagai pengacara Fear Factor Selebriti Malaysia musim 2, rasanya okay juga, kan? Kita nantikan saja pengumuman rasmi dari pihak Astro tidak lama lagi.

Khabar angin juga bertiup membawa berita musim baru ini bakal memulakan penggambaran sekitar Oktober depan. Kali ini di negara mana pula selebriti kesayangan anda akan ‘berfear factor’? Agak-agak anda, di mana?

Nampaknya, jika benar khabar angin ini, sekali lagilah akan timbul isu Aaron Aziz disingkir dan diabaikan ya? Mmm…

Aaron Aziz

3 Comments

Leave a Reply
  1. Eloklah tu mengganti hos rancangan fear faktor dengan diberi tanggung jawab menggalas kerja tu kepada fahrin ahmad, kalau betul cerita ni. Bukan apa , rancangan begini perlu mempunyai kelainan hos pula untuk menarik labih ramai peminat. Kalau ambil dua hos, satu lelaki satu perempuan, lagi bagus.

  2. I angkat dua2 tgn tanda setuju sgt2 klu FA jadi host baru FF….AA mcm x sesuai dr segi penyampaian….sore die tenggelam timbul, skali skala mcm terpaksa menjerit2….bhs melayunye selalu broken malay walaupun ada skrip….

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Yayasan Artis 1Malaysia Anjur Konsert Amal YA1M Kumpul Dana

Konsert Metallica Yang Pertama di Malaysia