in ,

Betul Ke Alyah Bengang Ugut Mahu Gam Utusan Malaysia?

Bagaimanapun akhbar tersebut menyatakan pihaknya merasa pelik kerana semasa Alyah memberi kenyataan, penyanyi itu tidak menafikan hubungan dengan pengarah muzik tersohor itu. Malah Alyah dikatakan membuat kenyataan, beliau senang sekali dengan hubungan itu dan sedia menunggu untuk dipinang.

Ini bermakna, Utusan tidak boleh lagi menulis cerita tentang penyanyi yang kini sudah tampil dengan imej berhijab itu.

Apabila kenyataan itu disiarkan, pihak pengurusan Alyah ‘mengamuk’ dan mencerca media di laman sosial, kononnya media tersilap tulis. Aiyo!

Dalam laporan sama juga menyebut, pelbagai kata-kata tidak manis telah dikeluarkan oleh si pengurus, yang sekaligus telah memperlihatkan sisi sebenarnya siapa penyanyi itu sendiri.

Pihak Utusan menyatakan mereka berasa kelakar dengan tindakan Alyah. Iyalah, selepas buat kenyataan berani, dan kemudian tersiar atikel itu, Alyah menyalahkan media, kononnya dia tidak pernah menyebut langsung nama Ramli MS ketika ditemubual.

Menurut pihak akhbar itu lagi, mereka tidak kisah jika Alyah tidak mahu dihampiri oleh akhbar itu lagi. Bahkan Utusan menghormati keputusan penyanyi itu. Akhbar itu menyatakan, tindakan Alyah itu dianggap tidak elok kerana kalau benar beliau tidak berpuas hati dengan akhbar berkenaan, tak perlu lah pengurusan artis itu menguguti-ugut kerana takut-takut termakan diri penyanyi itu sendiri.

alyah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Sebab Rozita Che Wan Merajuk Dengan Zain Saidin?

Fasha Sandha Pasang CCTV Untuk Pantau Anak di Henset