in

Fasha Sandha Pasang CCTV Untuk Pantau Anak di Henset

Wah, canggih sangat. Disebabkan sangat bimbang dengan kes penderaan yang dilakukan terhadap kanak-kanak, pelakon Fasha Sandha mengakui telah memasang kamera litar tertutup (CCTV) di rumah bagi memantau keadaan anak sulungnya, Putra Rayfal melalui telefon bimbit. Budiey pun nak buat macam tu gak la, tapi tak tahu pulak berapa harga CCTV yang canggih ni.

“Saya akan memantau keadaan anak melalui telefon bimbit. Tidak senang jika tak melihat sendiri keadaan anak di rumah. Setiap setengah jam saya akan memeriksa keadaan anak,” ujar fasha yang dipetik daripada Astro Awani.

Dalam perkembangan sama, Fasha turut meluahkan rasa sedihnya setiap kali meninggalkan anak kesayangan terutama ketika menjalani penggambaran.

Putra Rayfal telah selamat dilahirkan pada 15 April lalu di Hospital Prince Court, kuala Lumpur.

Fasha Sandha

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Alyah Bengang Ugut Mahu Gam Utusan Malaysia?

Sinopsis Drama Yang-Yang Yok Sempena Bulan Puasa