in , ,

Apa Sebab Rozita Che Wan Merajuk Dengan Zain Saidin?

[dropcap]D[/dropcap]engarnya pelakon jelita Rozita Che Wan telah merajuk dengan kekasihnya Zain Saidin gara-gara jadual Zain Saidin yang semakin sibuk sejak akhir-akhir ini. Ini menyebabkan Che Ta jarang bertemu dengan Zain Saidin. Budiey harap, perkara ini tak lama, time ni la korang nak kumpul duit untuk belanja kawin, betul tak? Budiey tak sabar nak tengok gambar kahwin Rozita Che Wan dan Zain Saidin ni. Mesti elok kan?

Dalam satu uangan di akhbar Utusan menyebut, pendek kata nak telefon atau hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) pun dah tak kerap macam dulu. Orang tengah banyak job… maklumlah sekarang semua produksi tengah sibuk dengan drama dan telefilem untuk bulan puasa dan hari raya.

“Jadi satu hal pula untuk Zain memujuk kembali kekasihnya itu. Kalau nak ikut memang Zain tengah kerja keras kumpul duit nak kahwin. Bukan senang nak pikat Che Ta apatah lagi nak meminang pelakon berkenaan. Kan…

Tak mengapalah dugaan orang bercinta ini macam-macam. Apa yang penting harap-harap perkahwinan yang mereka rancang hujung tahun ini menjadi. Ramai yang tak sabar nak tengok Che Ta naik pelamin.

zain-saidin-dan-rozita-che-wan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Feel Good Run 2013 ntv7 Sangat Happening

Betul Ke Alyah Bengang Ugut Mahu Gam Utusan Malaysia?