in , ,

Berusia 91 Tahun, Datuk Kepada Alif Satar Turut Positif Covid-19

Selepas ibu, bapa dan adik bongsu Alif Satar disahkan positif, hari ini, penyanyi tersebut turut memaklumkan bahawa datuknya, Mohamad Che Noh turut sama positif wabak Covid-19.

Hal tersebut dimaklumkan sendiri oleh Alif menerusi hantaran di Instagram dengan memuat naik paparan skrin panggilan video dengan datuknya yang kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Berusia 91 Tahun, Datuk Kepada Alif Satar Turut Positif Covid-19
Sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh

Menerusi perkongsian yang dibuat selebriti serba boleh itu, datuknya yang mesra disapa Pakwan sudah berusia 91 tahun dan sedang berjuang bersama-samanya melawan Covid-19.

Oleh itu, dia meminta agar orang ramai dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan Pakwan supaya boleh kembali sihat seperti sedia kala.

Berusia 91 Tahun, Datuk Kepada Alif Satar Turut Positif Covid-19
Mohon doa dari semua

Disamping itu, Alif Satar turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan petugas kesihatan yang menjaga ahli keluarganya serta semua pesakit Covid-19 di hospital dengan baik dan pastinya jasa mereka sangat besar buat negara.

Semoga Pakwan Alif cepat sihat dan didoakan seluruh ahli keluarga pengacara itu serta semua pesakit Covid-19 diberi kesembuhan secepatnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dituduh Merogol oleh Seorang Pengguna Twitter, Da’i Syed Buat Laporan Polis

“Alif Satar Minta Maaf Berkali-Kali, Sambil Menangis,” – Sheila Rusly