in , ,

Dituduh Merogol oleh Seorang Pengguna Twitter, Da’i Syed Buat Laporan Polis

Selepas didakwa merogol seorang gadis oleh pengguna Twitter @ainunnnajwa, pendakwah muda Da’i Syed tampil membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya petang tadi.

Pendakwah berusia 25 tahun itu membuat laporan berkenaan bagi membersihkan nama baiknya selain kesal dengan tuduhan fitnah tersebut.

Tuduhan itu terlalu berat dan menjatuhkan maruah serta reputasi saya. Saya terkejut dengan tuduhan itu dan menyifatkan ia sebagai fitnah paling buruk yang pernah saya hadapi selama menjadi pendakwah.

“Saya memandang serius perkara ini dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut kerana dakwaan itu mencemarkan nama baik saya,”

– Da’i Syed

Selain itu, pemilik nama Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail itu berharap isu berkenaan dapat diselesaikan dengan segera kerana telah mencalarkan maruah dirinya serta ahli keluarga.

Malah, Da’i Syed juga menyifatkan kontroversi tersebut adalah dugaan yang perlu dihadapi dalam menyebarkan dakwah dalam komuniti Islam.

Terdahulu, @ainunnnajwa mendakwa rakan baiknya menjadi mangsa rogol peserta program Da’i musim ke-4 itu sehingga mengalami trauma.

Bagaimanapun menerusi pemerhatian, akaun bernama @ainunnnajwa itu telah dinyah aktif daripada laman Twitter berkenaan.

==

PENDAKWAH muda Da’i Syed membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Twitter kerana membuat tuduhan dia merogol seorang gadis, baru-baru ini.

Menurut Syed atau nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada pukul 5.45 petang, Selasa.

Kata Syed, 25, tuduhan yang dibuat oleh pemilik akaun menggunakan nama @ainunnnajwa itu berniat jahat dan boleh menjatuhkan reputasinya sebagai seorang pendakwah.

“Tuduhan itu terlalu berat dan menjatuhkan maruah serta reputasi saya. Saya terkejut dengan tuduhan itu dan menyifatkan ia sebagai fitnah paling buruk yang pernah saya hadapi selama menjadi pendakwah.

Kontroversi ini dugaan saya menjalankan tanggungjawab menyalurkan mesej Islam.

“Saya memandang serius perkara ini dan berharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan lanjut kerana dakwaan itu mencemarkan nama baik saya,”

Menerusi Twitter, tular dakwaan seorang gadis mengenai peserta program dakwah popular yang dikatakan merogol rakannya.

Gadis tersebut mendakwa rakannya kini berada dalam keadaan trauma akibat episod hitam berkenaan.

Da’i Syed anggap fitnah itu satu ujian buat dirinya.

Malah, gadis itu turut menyertakan paparan skrin luahan wanita yang pernah menjadi mangsa.

Sementara itu, bekas peserta program Da’i TV3 ini menganggap tuduhan dan fitnah yang dilemparkan itu merupakan satu dugaan dan ujian terbesar dalam usahanya menyampaikan dakwah.

“Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ia mencalarkan maruah saya dan keluarga.

“Saya anggap kontroversi ini sebagai dugaan dalam saya menjalankan tanggungjawab untuk menyalurkan mesej Islam,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Allah Makbulkan Doa Kalian,” -Alif Satar Bersyukur, Isteri & Anak Negatif Covid-19

Berusia 91 Tahun, Datuk Kepada Alif Satar Turut Positif Covid-19