in

Berita Kematian Aaron Aziz Adalah Palsu

Aaron Aziz

Isteri kepada pelakon Aaron Aziz iaitu Diyana Halik, menafikan khabar angin yang mengatakan suaminya terlibat dalam kemalangan maut di Switzerland seperti mana dihebohkan di sebuah laman Facebook dan blog luar negara. Lebih teruk dari itu, ada laporan palsu mengatakan Aaron Aziz sudah meninggal dunia.

Aaron Aziz Meninggal Dunia

Sebaliknya, Diyana Halik, 30, berkata, Aaron kini berada dalam keadaan sihat dan sedang menjalani penggambaran Fear Factor Malaysia 2 di Cape Town, Afrika Selatan.

“Saya baru terbaca berita ini dan terkejut kerana ia tidak benar sama sekali kerana suami saya kini berada di Cape Town dan bukannya di Switzerland seperti yang dilaporkan. Saya sudah bercakap dengan dia dan tiada apa-apa yang berlaku, sekarang dia sedang tidur.”

Diyana berkata demikian ketika diminta mengulas tentang berita kemalangan yang dilaporkan sebuah agensi berita antarabangsa, Global Associated News, pada Isnin.

Berita tersebut melaporkan bahawa Aaron meninggal dunia selepas terjatuh ketika meluncur papan salji di sebuah resort di Zermatt, Switzerland.

Terdahulu, aktor kelahiran Singapura itu mengalami sakit sendi tengkuk (cervical Facet Arthritis) dan dirawat di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur sebelum bertolak ke Cape Town bagi menjalani penggambaran program Fear Factor Malaysia 2.

Aaron berlepas ke negara itu bersama kru produksi pada Jumaat lalu.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Isu Tinggal Lokasi Fida Ibrahim Bakal Disaman

Ustaz Azhar Idrus Rela Dieksploitasi Dibayar RM30Ribu?