in , ,

Siti Mohon Maaf Batal ‘Show’, Aafiyah Terjatuh Dari ‘Scooter’

Anak sulung penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah Khalid, 4, selamat menjalani pembedahan kecil di sebuah pusat perubatan swasta di sini, hari ini.

Menerusi hantaran Instagram Stories (IG), Siti berkata, Aafiyah terpaksa menjalani pembedahan kecil kerana kemalangan ketika terjatuh dari ‘scooter’.

“Malang tak berbau, anak ibu jatuh ‘scooter’ kena masuk OT (bilik pembedahan). Doakan semoga Allah SWT permudahkan,” tulisnya.

Siti juga membuat hantaran video IG yang memaparkan dia memujuk Aafiyah sebelum menjalani pembedahan.

Siti Mohon Maaf Batal 'Show', Aafiyah Terjatuh Dari 'Scooter'

“Alhamdulillah, proses di OT lancar. Terima kasih doktor pakar di hospital. Insya-Allah, Aafiyah segera sembuh ya. Amin ya rabb.

“Video ini ayah ambilkan sebelum Aafiyah masuk OT. Sedang pujuk Aafiyah,” tulisnya lagi.

Dalam perkongsian di IG juga, Siti memohon maaf kepada semua pihak yang berurusan dengannya kerana terpaksa membatalkan persembahan yang dijadualkan, pada saat akhir.

“Minta maaf pada ‘client’ (pelanggan) saya terpaksa batalkan persembahan pada saat akhir kerana kemalangan yang menimpa anak saya.

“Doakan semoga semuanya dipermudahkan,” tulisnya.

Pada masa sama, Siti juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan Aafiyah itu.

“Menjunjung kasih kepada Tuanku Permaisuri yang bertanya khabar dan mendoakan kesembuhan Aafiyah.

“Terima kasih juga buat yang mendoakan kesihatan buat Aafiyah. Insya-Allah, Aafiyah cepat sembuh dari kemalangan kecil ini. Amin Ya Rabb,” katanya.

Rata-rata pengikut Siti termasuk rakan artis seperti Fasha Sandha, Salina Saibi dan Sarimah Ibrahim turut memberi maklum balas dan mendoakan kesembuhan buat Aafiyah.

“Semoga Aafiyah cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan… Amin,” komen seorang pengikutnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

JULIE SUDIRO

Penyanyi Jazz Julie Sudiro Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Paru-Paru 

Ben Amir & Siti Saleha Bintang & Ratu Telenovela Anugerah Telenovela Ke-8