in ,

Ben Amir Gigih Jual Sambal Budak Camping, Mahu Luaskan Ke Pasaran Antarabangsa

Seperti mana ramai selebriti yang terjejas disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP), pelakon Ben Amir atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, 30, turut mengakui melalui perkara yang sama.

Pelakon yang semakin meniti tangga populariti, Ben Amir mengorak langkah dalam bidang perniagaan apabila mengeluarkan sambalnya sendiri yang diberi nama Sambal Budak Camping. 

Menurut Ben Amir, produk sambal merupakan sesuatu yang mudah dan versatil untuk pelbagai kegunaan. 

“Saya sebenarnya nak kongsi sambal kegemaran dengan semua sebab sambal ni memang pedas gila dan saya sukakan makanan yang pedas. 

“Tambahan pula saya suka aktiviti berkhemah dengan teman-teman, kami akan bawa sambal ni sebab mudah dan makanan akan jadi sedap gila.

“Kami letak sambal ni dalam apa je menu kami, nasi, telur, ayam, apa-apa je la mesti makanan akan jadi enak,” 

– Ben Amir

Ben berkata, beberapa tawaran kerja terpaksa dibatalkan disebabkan PKP menyebabkan dia mula memberikan fokus terhadap pelaksanaan bisnes baharu yang dijayakannya bersama rakan-rakan.

“Saya percaya semua orang terkesan (ketika PKP) dan sekarang adalah masa untuk recovery dan banyak tawaran kerja sudah kembali masuk.

– Ben Amir

Selepas ini saya akan kembali sibuk di set penggambaran dan ‘back to back’ kerja balik. Sebenarnya, saya melihat tempoh PKP itu dari segi positif bila mana saya dapat fokus dan tumpukan untuk ‘set up’ perniagaan sambal ikan bilis, Sambal Budak Camping yang merupakan resipi turun-temurun keluarga saya.

“Saya letak nama Sambal Budak Camping sebab saya suka pergi camping, kalau pergi camping kita kalau boleh nak bawa makanan yang simple yang boleh makan dengan semua benda.

Disebabkan itu saya keluarkan sambal ini untuk berkongsi dengan orang di luar sana. Sekarang orang pun nak benda yang mudah, jadi disebabkan itu saya perkenalkan sambal ikan bilis versatile ini kepada semua,” 

– Ben Amir

Tambah Ben, dia menerima banyak permohonan untuk orang ramai menjadi agen meskipun sambal ini bakal dilancarkan pada jam 9.30 malam ini secara IG live.

“Alhamdulillah, dari promo yang pertama dah dapat maklumbalas yang baik. Ramai juga ingin menjadi agen sambal kami walaupun masih belum dilancarkan. 

“Sekarang sambal ini hanya ada satu perisa dan satu saiz sahaja dengan harga RM26 untuk 280 gram. Kami gunakan bahan-bahan yang berkualiti dan boleh didapati menerusi agen-agen kami seluruh Malaysia,”

– Ben Amir

Pelakon yang terkenal dengan imej berambut panjang ini juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia menggunakan gelaran selebriti untuk meletakkan harga yang mahal untuk penjualan sambal yang diusahakannya.

“Untuk sambal yang dijual ini, saya jual ikut per gram dalam botol dan kalau tengok kandungan beratnya, memang sambal saya paling besar dan paling berat.

“Kebanyakan peniaga jual dalam 180 gram, saya jual dua kali ganda dan sudah tentu harganya dua kali ganda juga. Bagi saya, perkara ini tidak ada masalah pun. Kalau ikut per gram, sambal saya jual masih lagi murah,”

– Ben Amir

Ben Amir berkata semasa ditemui di Pelancaran Saluran Youtube Ben Amir bersama dengan 60 orang peminat di Plaza Damas.

“Siri jelajah ni juga sebagai satu tanda penghargaan kepada kepada semua agen dan bertemu dengan penyokong saya selama ni. 

“Di samping itu, kami ingin membantu melahirkan 50 usahawan dalam masa terdekat kerana kami percaya produk sambal kami dapat tembusi pasaran antarabangsa dengan pelan dan strategi yang telah disusun,”

– Ben Amir

Jelasnya, Sambal Budak Samping dijual pada harga RM26 untuk 280 gram sebotol dan rata-ratanya memberi respons yang positif daripada mereka yang sudah membeli dan mencubanya.

Kepada yang nak beli produk  Sambal Budak Camping, sila hubungi IG @sambalbudakcamping.damansara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

Tiada Lagi Gambar Bersama Di Instagram, Betul Ke Sharifah Rose & Aazief Putus Cinta?

Blogger Papagomo, Parpukari & The Unspinners Dibayar Rm5000 Sebulan Sebagai Gaji Cybertrooper Rosmah