in ,

Tiada Lagi Gambar Bersama Di Instagram, Betul Ke Sharifah Rose & Aazief Putus Cinta?

Sebelum ini personaliti media sosial Sharifah Rose dan Aazief Khalid mengakui sedang berkawan dan mengenali hati budi masing-masing. Malah Aazief Khalid juga pernah dilihat pergi bercuti bersama Sharifah Rose dan rakan-rakan lain ke Phuket, Thailand.

Gambar Hiasan

Bagaimanapun, sejak beberapa hari ini hubungan mereka mula menjadi buah mulut netizen apabila masing-masing memadam gambar bersama di laman sosial Instagram (IG).

Dikhabarkan, Aazief telah memadam semua postingnya di IG yang memiliki 204 ribu orang pengikut itu.

Baru-baru ini Sharifah Rose yang juga seorang model dan mengakui sedang hangat bercinta dengan anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sharifah Rose juga mengakui sudah pun berkunjung ke rumah keluarga Aazief ketika sambutan Hari Raya yang lalu dan turut menganggumi keramahan dan kemesraan keluarga kekasihnya itu.

Difahamkan Sharifah Rose dan Aazief Khalid mula berkenalan setelah bertemu dalam sebuah majlis tahun lalu dan mula berhubung menerusia ruangan DM Twitter selepas pertemuan itu sebelum menjalinkan hubungan sebagai kekasih.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selesai Jalani Prosedur Endoskopi, Neelofa Sakit Apa?

Ben Amir Gigih Jual Sambal Budak Camping, Mahu Luaskan Ke Pasaran Antarabangsa