in ,

Blogger Papagomo, Parpukari & The Unspinners Dibayar Rm5000 Sebulan Sebagai Gaji Cybertrooper Rosmah

Blogger Papagomo, Parpukari dan The Unspinners dibayar RM5,000 sebulan, bagi memantau kandungan media sosial dan menangkis fitnah serta tohmahan dilemparkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

ROSMAH Mansor mempunyai kira-kira 40 tentera siber untuk menyebar propaganda politik di media sosial, kata saksi pada perbicaraan rasuah membabitkan isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Bayaran itu dibuat bekas pegawai khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor, menggunakan wang RM100,000 yang diterima daripada isteri bekas Perdana Menteri itu.

Selain blogger, beberapa individu dan pengendali laman Facebook turut dibayar antara RM1,500 dan RM3,000 sebulan bagi memantau kandungan media sosial yang kritikal dan memberikan perspektif negatif terhadap Rosmah.

Blogger Papagomo, Parpukari dan The Unspinners dibayar RM5000 sebulan sebagai gaji cybertrooper Rosmah

Perkara itu didedahkan Rizal ketika disoal peguam Datuk Jagjit Singh, berhubung jumlah bayaran yang dibuat terhadap pasukan cybertrooper yang ditubuhkan antara 2012 dan 2018.

Rizal berkata, sebanyak RM3,000 dibayar kepada 12 hingga 15 blogger, manakala pengendali Facebook atau “Facebookers” seramai lebih 30 individu menerima bayaran antara RM1,500 dan RM2,000.

“Saya bayar ketua pasukan (Team Leader), seperti Papagomo dan Parpukari RM5,000 sebulan,” katanya.

Ketika diminta menyenaraikan nama blogger dan individu yang menerima bayaran selain daripada Papagomo, Parpukari dan The Unspinners, Rizal menjawab: “Tidak ingat.”

“Tapi kalau Datuk nak senarai, saya cuba buat senarai,” katanya.

Blogger Papagomo, Parpukari dan The Unspinners dibayar RM5000 sebulan sebagai gaji cybertrooper Rosmah

Menjawab soalan Jagjit, berhubung resit bayaran kepada pasukan cybertrooper, Rizal memberitahu beliau tidak mempunyai sebarang resit pembayaran.

Mendengar jawapan itu, Jagjit mencadangkan bahawa Rizal tidak menyediakan resit pembayaran kerana mengambil sebahagian daripada wang RM100,000 berkenaan untuk kegunaan sendiri.

Rizal: “Tidak setuju.

Jagjit: Setuju sebagai pegawai yang bertanggungjawab, setiap bayaran perlu ditanda tangan?

Rizal: Setuju

Jangjit: Sepanjang tempoh berkenaan (2012-2018), tiada satu pun resit bayaran ditandatangan?

Rizal: Betul

Jagjit: Tak nak tandatangan sebab anda mengambil sebahagian daripada duit itu?

Rizal: Tak setuju

Jagjit kemudian menyebut beberapa nama individu yang mendakwa tidak mendapat bayaran daripada Rizal

Mendengar nama-nama itu, Rizal berkata, bayaran tidak dibuat kepada mereka.

Jagjit: Anda menuntut wang tetapi tidak membuat bayaran kepada mereka?

Rizal: Tak setuju

Blogger Papagomo, Parpukari dan The Unspinners dibayar RM5000 sebulan sebagai gaji cybertrooper Rosmah

Ketika dicadangkan bahawa beliau mengambil wang berkenaan untuk membiayai kehidupan mewahnya serta memasukkanke dalam Yayasan Perdana Ummah, Rizal sekali lagi menjawab: “Tidak bersetuju”

Rosmah, 68, didakwa meminta RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta, daripada Saidi menerusi Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra, di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 September 2017.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ben Amir Gigih Jual Sambal Budak Camping, Mahu Luaskan Ke Pasaran Antarabangsa

Xiaomi Releases Mi Electric Shaver S500 & 10000mAh Mi Wireless Power Bank