in ,

Dominasi BEAUTIFUL WORLD – HUSBAND di Asia Rainbow TV Awards

Pada hari Sabtu lepas (12 Januari 2019) merupakan malam penuh gemilang buat ntv7 dan 8TV! Kedua-dua saluran di bawah Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad ini berjaya merangkul 9 kategori yang tercalon di Asia Rainbow TV Awards Keempat.

Tuah menyebelahi drama “Beautiful World – Husband” apabila drama inimendominasi kemenangan dengan menggondol lima trofi utama, antaranya kategori Best Comedy, sekaligus mengangkat gandingan utamanya, Wayne Caidan Jack Yap sebagai Best Leading Actor in Comedy dan Best Leading Actress in Comedy.

Natalie Ng, Gary Yap, Wayne Cai, Moo Siew Keh, Jack Yap, Louisa Chong, Emily Chen, Rickman Chia _ Ley Teng Tan
Natalie Ng, Gary Yap, Wayne Cai, Moo Siew Keh, Jack Yap, Louisa Chong, Emily Chen, Rickman Chia dan Ley Teng Tan

Drama BEAUTIFUL WORLD – HUSBAND Mendominasi Asia Rainbow Tv Awards Di China!

“Alhamdulillah, tahun 2019 dimulakan dengan berita baik apabila program-program ntv7 dan 8TV telah menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Segala penghargaan harus diberikan kepada barisan pelakon, kru-kru di belakang tabir dan setiap individu yang terlibat dalam produksi. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur dan juri yang memberi pengiktirafan ini.”  

“Semoga kemenangan ini menjadi pembakar semangat kepada pihak produksi dan para selebriti untuk berusaha dengan lebih keras agar tahun ini juga dapat membuahkan hasil yang membanggakan sebagai tanda penghargaan kepada para penonton kami,”

Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Berhad

Selain mengungguli kategori Best ComedyBest Leading Actor in Comedydan Best Leading Actress in Comedy,drama “Beautiful World – Husband” yang juga merupakan hasil nukilan Moo Siew Keh ini juga berjaya mendahului calon-calon lain dalam kategori Outstanding Scriptwriter dan juga Outstanding Leading Actress yang telah dimenangi oleh Louisa Chongbagi drama “Beautiful World – Crow”. Sementara itu, pelakon jelita Emily Chan pula menerima trofi untuk Outstanding Supporting Actressbagi drama “Growth Behind The Sun”.

Wayne Cai dan Jack Yap
Wayne Cai dan Jack Yap di karpet merah

Malam anugerah tersebut disambut dengan lebih meriah lagi apabila kedua-dua personaliti 8TV iaitu Gary Yap dan Natalie Ng yang sentiasa mengacarakan program-program Cina tempatan membawa pulang trofi Outstanding Entertainment Hostdan Outstanding Entertainment Hostessbagi kategori hiburan untuk program “Ho Chak!”dan “I Can See Your Voice” versi Bahasa Cina musim pertama. Tidak ketinggalan, program “Mandarin Battle Stars” musim ketujuh juga berjaya merangkul trofi bagi kategori Outstanding Game & Quiz Show.

Malam anugerah tersebut disambut dengan lebih meriah lagi apabila kedua-dua personaliti 8TV iaitu Gary Yap dan Natalie Ng yang sentiasa mengacarakan program-program Cina tempatan membawa pulang trofi Outstanding Entertainm
Malam anugerah tersebut disambut dengan lebih meriah lagi apabila kedua-dua personaliti 8TV iaitu Gary Yap dan Natalie Ng yang sentiasa mengacarakan program-program Cina tempatan membawa pulang trofi Outstanding Entertainm

Berlangsung di Yalong Bay Conference Center, China, malam anugerah ini telah dihadiri oleh barisan pelakon Cina tempatan dan personaliti-personaliti 8TV seperti Wayne Cai, Jack Yap, Emily Chan, Louisa Chong, Gary Yap, Natalie Ng, Rickman Chia, Tan Ley Teng, tidak ketinggalan  penulis skrip terkenal iaitu Moo Siew Keh.

Asia Rainbow TV Awards memilih program-program di televisyen seluruh Asia untuk pencalonan pada malam anugerah, dan merupakan satu-satunya anugerah industri TV antarabangsa yang diiktiraf di China. Selain bertujuan untuk mempromosikan kemajuan dan kualiti program TV di benua Asia, anugerah ini mempunyai objektif untuk mempertingkatkan mutu dan bekerjasama dengan bakat-bakat hebat.

Gary Yap, Natalie Ng, Rickman Chia dan LeyTeng Tan
Gary Yap, Natalie Ng, Rickman Chia dan LeyTeng Tan

Malam anugerah ini pernah berlangsung di Hong Kong dan Macau sebanyak tiga kali, manakala kali keempat pula telah diadakan di Sanya, Hainan, Chinabuat pertama kali.

Berbeza dengan sebelum ini, tahun keempat Asia Rainbow TV Awards telah menampilkan lebih ramai penyertaan dari 32 buah negara termasuk China, Korea Selatan, Jepun, Singapura, India, Indonesia, Nepal, Afghanistan, Lebanon, Myanmar, Pakistan, Kazakhstan, Malaysia, Iran, Iraq, Filipina, Bangaladesh, Thailand, Sri Lanka, Emiriah Arab Bersatu, Georgia, Armenia, Kyrgyzstan, Qatar, Azerbaijan, Jordan, Turki, Palestin, Hong Kong, Macau dan Taiwan.

Kategori Drama - Gary Yap, Emily Chan, Wayne Cai, Moo Siew Keh dan Louisa Chong
Kategori Drama – Gary Yap, Emily Chan, Wayne Cai, Moo Siew Keh dan Louisa Chong

Lebih menarik lagi, panel juri untuk kali ini terdiri daripada 21 orang juri berpengalaman dari 9 buah negara, yang telah memilih 88 buah karya sebagai finalis. Asia TV Awards mempunyai 28 kategori termasuk empat kategori utama iaitu drama, program hiburan, dokumentari, dan animasi.11 kategori merangkumi anugerah-anugerah teknikal dan belakang tabir seperti drama moden, costume drama,program variasidan sebagainya.

Manakala, 17 lagi kategori adalah anugerah bagi pelakon utama, pengacara, pelakon sampingandan lain-lain lagi.

Program “Mandarin Battle Stars” musim ketujuh juga berjaya merangkul trofi bagi kategori Outstanding Game _ Quiz Show.
Program “Mandarin Battle Stars” musim ketujuh juga berjaya merangkul trofi bagi kategori Outstanding Game & Quiz Show.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang! Untuk maklumat lanjut mengenai Asia Rainbow TV Awardssila ke laman web http://www.ctvcc.tv/static/hjmd.html. Jangan lupa untuk layari www.xtra.com.mydan www.tonton.com.mydan ikuti laman media sosial 8TV di Facebook, Twitter dan Instagramiaitu @8tvchinese.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Realiti Pulsar Dareventure Dilancar di Malaysia

[Gambar] Bella Dally Bertunang dengan Usahawan Bergelar Arif