in ,

Program Realiti Pulsar Dareventure Dilancar di Malaysia

Rancangan realiti tv Pulsar Dareventure, yang diperkenalkan oleh Bajaj pada tahun 2014 kini akan bermula di Malaysia setelah berjaya di Nepal, Peru dan Sri Lanka.

RANCANGAN REALITI MOTOSIKAL PULSAR DAREVENTURE TIBA DI MALAYSIA

Buat pertama kalinya diadakan di Asia Tenggara, rancangan realiti ini akan menghiburkan penonton khususnya peminat sukan bermotosikal di Malaysia. Web series lapan bahagian ini dibawakan oleh MODENAS Malaysia dan akan mula disiarkan di saluran YouTube MODENAS bermula 8 Februari 2019.

Pulsar Dareventure di Malaysia

MODENAS lancarkan TV “Pulsar Dareventure” di Malaysia, kali pertama di Asia Tenggara

Seramai 10 orang peserta dari seluruh Malaysia telah dipilih untuk melalui cabaran Pulsar Dareventure dengan menunggang Modenas Pulsar NS200. Rancangan realiti ini akan menguji  daya ketahanan fizikal dan mental peserta bagi menjadi pemenang Pulsar Dareventure Malaysia yang pertama. Pemenang bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM5000 dan sebuah motosikal Modenas Pulsar NS200 baharu.

Rancangan realiti ini akan diserikan oleh pengacara terkenal yang juga merupakan seorang peminat motosikal, Kiki (Nurul Alis Aidil Akhbar). Setiap minggu, rancangan ini  akan memberi tumpuan kepada ciri-ciri utama motosikal Modenas Pulsar NS200 yang berkuasa ini. 

Pulsar Dareventure di Malaysia

8 episod akan ditayangkan di saluran YouTube MODENAS Malaysia bermula 8 Februari 2019

Kualiti pemasangan, daya tahan, pengendalian dan faktor keseronokan tunganggan telah menyebabkan Modenas Pulsar NS200 diberi nama timangan, “an adrenaline pumping beast”. Reka bentuk kukuh tangki minyak, sistem transmisi manual 6 kelajuan serta rangka yang dibina daripada keluli mampat akan memberi satu pecutan adrenalin kepada peserta yang menunggang Modenas Pulsar NS200 semasa mengharungi halangan dan cabaran sepanjang pertandingan ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Amirudin Hj Abd Kadir amat teruja rancangan bersiri ini telah tiba di Malaysia.

“Kami  amat gembira apabila dapat membawa Pulsar Dareventure ke Malaysia. Ini adalah satu peluang kepada peminat sukan bermotosikal tanah air untuk merasai pengalaman unik di Malaysia. Di negara-negara sebelum ini, sambutannya adalah menggalakkan. Jadi, kami yakin ia juga akan berjaya di Malaysia, dimana rakyatnya juga gemar menyahut cabaran dan bersifat kompetitif,”

“Modenas Pulsar NS200 merupakan sebuah motosikal yang berkuasa dan kami yakin ia akan menjadi gandingan sempurna untuk peserta menghadapi pelbagai cabaran yang direka untuk pertandingan Dareventure ini,”

– Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Amirudin Hj Abd Kadir

Cabaran ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia sama ada lelaki atau perempuan yang berumur 18 tahun ke atas yang mampu memenuhi syarat keupayaan fizikal dan mental serta mempunyai lesen B2 atau B.

Pulsar Dareventure di Malaysia

MODENAS telah mengadakan uji bakat pencarian peserta bagi rancangan realiti ini di Pulau Pinang, Selangor dan Johor. Setiap calon yang menyertai uji bakat Pulsar Dareventure Malaysia telah diminta untuk berkongsi sebab mereka perlu dipilih sebagai peserta, faktor yang mendorong mereka untuk menyahut cabaran ini di samping menjalani ujian di lokasi lokasi tersebut.

Uji bakat ini turut dibuka dalam talian dimana calon menghantar video uji bakat selama 1 minit yang dimuat naik di laman web MODENAS Malaysia.

Pulsar Dareventure di Malaysia

Pencarian ini telah menyenarai pendek seramai 30 individu didalam saringan kelayakan akhir yang diadakan awal bulan ini, bagi menentukan 10 peserta akhir. Mereka akan bersaing antara satu sama lain dalam rancangan realiti Pulsar Dareventure yang akan bermula pada 8 Februari 2019.

Ikuti  #PulsardareventureMY melalui saluran media sosial berikut:

Facebook:  @Pulsar Malaysia

Instagram: @modenas.malaysia

YouTube: @Modenas Malaysia

Pulsar Dareventure di Malaysia
Pulsar Dareventure di Malaysia


Mengenai Pulsar Dareventure

Nepal, Peru dan Sri Lanka telah merasai kehangatannya. Kini, rancangan realiti motosikal ini tiba di Malaysia.

10 penunggang dari seluruh Malaysia akan dipilih untuk mengharungi cabaran dan rintangan demi bergelar Pulsar Dareventure Malaysia yang pertama. Apa yang mereka perlukan hanyalah keberanian.

Sejauh manakah cabaran yang mampu diharungi oleh mereka? Saksikan aksi mereka, dengan hanya berbekalkan kemahiran dan kebijaksanaan yang digandingkan bersama kehebatan motosikal Pulsar dalam 8 episod rancangan web Pulsar Dareventure Malaysia di saluran YouTube Modenas Malaysia. Untuk maklumat lanjut serta perkembangan terkini, ikuti juga Instagram modenas.malaysia dan Facebook Pulsar Malaysia serta hashtag #PulsarDareventureMY

Mengenai MODENAS

Modenas ditubuhkan dengan matlamat untuk menjayakan dasar perindustrian negara Malaysia, selaras dengan Wawasan 2020. Modenas telah menerajui pemindahan teknologi dan juga pembangunan dalam pembuatan motosikal yang telah membawa kepada kejayaan menghasilkan motosikal keluaran tempatan yang menjadi kebanggaan semua. Untuk menjadikan Malaysia sebuah negara pembekal motosikal yang terkenal di seluruh dunia bukanlah satu perkara yang mudah, namun tidak mustahil untuk merealisasikan visi ini dengan usaha berterusan seperti yang telah dilakukan oleh Modenas.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Video Muzik Sufian Suhaimi DI MATAMU Pecah Rekod

Ezlynn

Dominasi BEAUTIFUL WORLD – HUSBAND di Asia Rainbow TV Awards