in , ,

‘Bayaran Penuh Sudah Dibayar Pada Hari Sama Azwan Ali Digugurkan’

SUSULAN dakwaan pengacara, Azwan Ali yang memberitahu Awesome TV masih tidak melunaskan bayaran terhadapnya, stesen televisyen itu menegaskan bahawa pihaknya telah melunaskan bayaran sebelum pengacara itu digugurkan daripada program MIC ON!.

Pembayaran penuh yang dituntut pengacara sensasi Azwan Ali untuk peranannya sebagai pengacara program realiti, Mic On! telah dibuat pada hari sama namanya digugurkan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas, pihaknya memandang serius tuduhan tidak berasas yang didedahkan pengacara terbabit berhubung isu digembar-gemburkannya.

“Pembayaran penuh untuk 10 minggu telahpun dibuat pada hari yang sama dia digugurkan iaitu pada Selasa, 8 Mac 2022 walaupun dia cuma melunaskan komitmen sebagai hos untuk tempoh enam minggu sahaja.

“Surat pemberitahuan rasmi mengenai penamatan khidmatnya juga telah dikeluarkan pada hari yang sama. Kami beranggapan, isu bayaran untuk program Mic On! sudahpun selesai dan tidak mahu memanjangkan lagi hal ini.

“Fokus utama kami sekarang adalah untuk menghabiskan program berkenaan yang masih berbaki empat minggu lagi,”

– Adam Ilyas
'Bayaran Penuh Sudah Dibayar Pada Hari Sama Azwan Ali Digugurkan'

Tegasnya, mana-mana pihak seharusnya memahami amanah dan tanggungjawab sejajar pelantikan diberikan.

“Seperti yang ditegaskan sebelum ini, pihak Awesome TV tidak akan bertolak-ansur sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar etika kerja.

“Terutamanya yang melibatkan program-program terbitan kami kerana mereka seharusnya memahami amanah dan tanggungjawab yang datang bersama dengan lantikan mereka,”

– Adam Ilyas

Dalam pada itu, Adam berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar etika kerja terutamanya yang melibatkan program-program terbitan pihaknya kerana mereka seharusnya memahami amanah dan tanggungjawab yang datang bersama dengan lantikan mereka.

Disebabkan kepincangan yang berlaku, pihal Awesome TV akan menggunakan khidmat pengacara jemputan bagi menggantikan Azwan berbaki beberapa episod lagi yang akan diumumkan esok (Jumaat) pukul 9 malam.

“Dalam pada itu, pihak produksi juga turut merancang membawa masuk khidmat hos jemputan untuk digandingkan bersama hos sedia ada, Issey Fazlisham.

“Hal tersebut adalah bagi memeriahkan lagi konsert mingguan program berkenaan. Nantikan pengumuman rasmi dalam jangka masa terdekat ini. Mic On! bersiaran pada setiap hari Jumaat, 9 malam menerusi saluran Awesome TV di platform Astro 123 dan MyTV 112,”

– Adam Ilyas

Terdahulu, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan gelaran Diva AA mendedahkan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang disebabkan pihak Awesome TV kerana belum melangsaikan hutang atau bayarannya yang masih tertunggak.

memaklumkan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak penyiar atau penerbit disebabkan masih belum melangsaikan hutangnya yang masih tertunggak.

“Bila-bila masa sahaja saya boleh ke balai polis dan menggunakan khidmat peguam saya. Selagi hutang saya tak bayar jangan terkejut kalau ini jadi kes polis,”

– Adam Ilyas

Terdahulu Awesome TV dalam satu kenyataan memaklumkan Azwan digugurkan sebagai pengacara program realiti Mic On! musim kedua (Mic On! 2) berkuat kuasa serta-merta pada Selasa (8 Mac).

Sehingga hari ini, punca sebenar Azwan digugurkan daripada program berkenaan masih menjadi tanda tanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Brendan de Cruz Bakal Menghiburkan Peminat Di Konsert LOVELIFEMUSIC

Jalan-Jalan di Genting Highland, Roslan Shah Dituduh Pura-Pura Sakit