in ,

Jalan-Jalan di Genting Highland, Roslan Shah Dituduh Pura-Pura Sakit

BARU-BARU ini, kecoh apabila pengacara sensasi, Roslan Shah rebah di sebuah program televisyen sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Namun, selepas kembali pulih, Roslan atau lebih dikenali dengan nama Cik Lan dituduh pula berpura-pura sakit kerana dilihat berada di Genting Highland tidak lama selepas insiden berkenaan.

“Ada netizen yang kata Cik Lan sakit adalah ‘propa’.

“Sebenarnya Sufie Rashid dan isteri yang nak bawa Cik Lan makan dan buat kejutan dengan pergi ke Genting Highland dan Johor Bahru.

“Mereka berniat baik nak bawa Cik Lan menghirup udara segar walaupun baru baik sakit tempoh hari.

“Itupun Cik Lan tak tahu mereka nak bawa ke dua lokasi itu sebab mereka nak buat kejutan tapi Cik Lan kuatkan diri, Alhamdulillah,”

– Roslan Shah

Menurut Cik Lan, dia bertemu dengan ramai peminat di luar yang bertanya khabar dan rasa terharu kerana ramai yang mendoakan kesihatannya.

“Kalau tak tahu cerita, jangan suka melulu dan cakap Cik Lan propa serta berikan tohmahan dan kecaman,”

– Roslan Shah

Sementara itu, rakan artis seperti Kaka Azraff dan Haiza Hanafi turut meninggalkan komen supaya Cik Lan tidak terlalu memikirkan perkara itu yang boleh memudaratkan kesihatannya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

‘Bayaran Penuh Sudah Dibayar Pada Hari Sama Azwan Ali Digugurkan’

Airliftz Shares Emotionally-Charged Pop-Punk Banger, ‘NOT TODAY’