in , ,

Ayda Jebat Dedah Bakal Melahirkan Anak Perempuan

Pasangan selebriti popular Ayda Jebat dan suami, Nabil Mahir mendedahkan jantina bayi mereka yang bakal dilahirkan sekitar penghujung bulan depan ialah perempuan. Tahniah Ayda & Nabil Mahir!

Pasangan romantis, Ayda Jebat dan Nabil Mahir akhirnya mendedahkan jantina bayi mereka yang bakal dijangka lahir sekitar penghujung bulan September.

Ayda memaklumkan bahawa anak sulung mereka nanti berjantina perempuan dan pengumuman tersebut dibuat menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik dalam saluran YouTUbe, Wuvv Show.

Yang lebih mengujakan, video tersebut turut disaksikan anggota keluarga mereka yang berada di rumah termasuklah teman-teman rapat secara dalam talian.

“Saya lega sebenarnya selepas memberitahu keluarga tentang jantina anak kami kerana sudah lama saya dan isteri menyimpan rahsia ini. Kalau di rumah, apa-apa barang yang kami beli untuk bayi, kami akan sorok dalam bilik. Takut juga bila ‘kantoi’ nanti. Tapi alhamdullilah, akhirnya kami membuat pengumuman sekitar dua hari lalu dan keluarga sangat gembira apabila mengetahui anak kami nanti adalah perempuan,”

– Ayda Jebat
Ayda Jebat Lahir Anak Perempuan

Penyanyi lagu Pencuri Hati ini yang dihubungi media juga memaklumkan bahawa dia akan menjalani proses bersalin secara pembedahan Caesarean Section (C-Sect).

Ujar Ayda, kandungannya tidak mengalami sebarang masalah namun dia memang ingin bersalin secara pembedahan setelah disahkan hamil.

Disoal tentang nama pilihan untuk permata hatinya, Ayda dan Nabil telah mempunyai beberapa pilihan, namun masih belum membuat sebarang keputusan muktamad.

“Sepatutnya dah kena pilih nama anak. Tapi kami masih belum tahu lagi nama apa nak letak. Selalunya orang akan gabungkan nama suami isteri, tapi kami tidak. Belum ada sebarang keputusan nanti.

“Tapi yang pasti, nama anak kami nanti akan membawa makna yang baik-baik,” ujarnya.

– Ayda Jebat

Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail di ibu negara selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April 2020.

Dikecam Tak Malu Ke Pilih ‘Czer’, Ayda Jebat Pertahankan Keputusan

Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat mempertahankan keputusan untuk melahirkan anak sulungnya secara pembedahan Caesarean.

Pemilik nama lengkap Nur Suhada Jebat, 29, itu turut mempersoalkan kecaman netizen yang bertubi-tubi menyerang dirinya susulan pendedahan memilih untuk menjalani proses bersalin secara pembedahan berbanding secara normal.

“Saya baca ramai yang direct messege (DM) dan komen di beberapa laman yang kata ‘czer’ tak real la jadi ibu’, ‘macam mana nak jadi ibu kalau kau beranak pun bedah’, kalau bedah mesti tak keluar susu, tak breastfeed (susu badan) kesian anak dia’, ‘ikut tingkap ke, malunya’ dan banyak lagi.

“Saya tak nak komen tentang itu kerana saya di sini nak sebarkan perkara positif,”

– Ayda Jebat

Bagaimanapun, isteri kepada Nabil Maher itu menyarankan kebanyakan bakal ibu termasuk dirinya yang bersalin secara pembedahan atas faktor kesihatan dan keselamatan bayi agar jangan berasa takut atau malu diperlekehkan wanita lain.

“Untuk ibu-ibu yang yang pilih atau memang terpaksa ‘czer’ atau bedah atas faktor kesihatan dan keselamatan kalian dan bayi, tolong jangan berasa takut dan tertekan. Ada yang terpaksa rahsiakan sebab malu digelakkan serta diperlekehkan oleh ibu-ibu yang beranak normal. Kenapa sampai jadi begini?

“Normal atau czer, tujuannya sama iaitu nak anak dan ibu selamat dan sihat. Doa yang baik-baik, berhenti cakap perkara buruk. Kita perlu sokongan, bukan cemuhan.

“Keluar dari mana pun, breastfeed atau tak, takde stretch marks (selulit) atau tak, perut masa mengandung kecik atau besar, tolong ingat, anda seorang ibu. Ibu yang sejati, tak kisah macam mana sekali pun,”

– Ayda Jebat

Semalam, Ayda dan pasangan mendedahkan jantina bayi mereka yang bakal dilahirkan sekitar penghujung bulan depan ialah perempuan.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi sebuah video berdurasi lebih tujuh minit yang dimuat naik dalam saluran YouTube, Wuvv Show.

“Saya lega sebenarnya selepas memberitahu keluarga tentang jantina anak kami kerana sudah lama saya dan isteri menyimpan rahsia ini. Kalau di rumah, apa-apa barang yang kami beli untuk bayi, kami akan sorok dalam bilik.

“Takut juga bila ‘kantoi’ nanti. Tapi alhamdulillah, akhirnya kami membuat pengumuman sekitar dua hari lalu dan keluarga sangat gembira apabila mengetahui anak kami nanti adalah perempuan,”

– Nabil

Ayda sepatutnya dijadualkan bersalin pada 8 Oktober nanti, namun disebabkan dia memilih untuk bersalin secara pembedahan, proses kelahiran akan dilakukan dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.

Pasangan selebriti berkenaan mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail di ibu negara selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sumber: K! ONLINE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vida 2020 | 23

Iqbal Jawab Isu Vida, Tular Jam Mewah

Beego | 24

15 Orang Ahli Keluarga Beego Dijangkiti Covid-19