in , ,

Ayda Jebat Lincah Menari Walaupun Sarat Undang Bimbang Netizen

“Jangan risau semuanya terkawal” 

Itu respons penyanyi dan pelakon Ayda Jebat selepas video memaparkan dia yang kini sarat hamil lima bulan ligat menari di sebuah festival makanan di Bukit Jalil baru-baru ini.

Ayda menyatakan sebagai wanita yang sedang hamil, dia menyedari semua risiko dan tidak akan sesekali melakukan sebarang aksi yang boleh membahayakan kandungannya.

“Semuanya okey dan berada dalam keadaan terkawal dan tidak tergamak hendak buat sesuatu yang boleh membahayakan nyawa diri serta kandungan.

“Namun, disebabkan lagu itu berentak rancak ditambah pula dengan respons penonton yang ‘sporting’, saya pun terus menari bersama sehingga terlupa suami sentiasa menegur dan mengingatkan saya agar sentiasa berhati-hati,” katanya.

Dalam masa sama, dia terharu kerana ramai melahirkan rasa risau terhadap dirinya selepas video tersebut tular dalam media sosial sejak semalam.

“Saya tak sangka begitu ramai yang ambil berat dan risau keadaan diri saya. Insya-Allah selepas ini akan lebih berhati-hati.

“Apabila membaca komen saya terus rasa bersalah dan memikirkan semula bahawa tidak sepatutnya beraksi selincah itu.

“Alhamdulillah saya dan bayi semuanya baik-baik saja. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan kebaikan saya dan anak dalam kandungan,” ujarnya.

Sejak semalam, video tular Ayda menari meraih pelbagai respons daripada orang ramai yang rata-ratanya melahirkan kebimbangan memandangkan sedang hamil anak kedua.

“Risaunya melihat ibu hamil menari sangat lincah, jangan terberanak atas pentas pula.

“Bertenaga betul dia tetapi ketika inilah kena aktif supaya mudah bersalin nanti,” komen segelintir netizen.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tak Puas Hati Wartawan Tanya Anak Sulung Hilang 6 Famili Tanpa Henti

MetMalaysia Sudah Lama Tidak Guna Skala Richter Untuk Gempa Bumi