in ,

15 Orang Ahli Keluarga Beego Dijangkiti Covid-19

Pelakon terkenal, Beego mengesahkan 15 orang ahli anggota keluarganya di Johor Bahru dijangkiti Covid-19. Semoga Beego tabah menghadapi ujian ini.

Penyanyi dan juga pelakon, Beego baru-baru ini memaklumkan bahawa seramai 15 orang ahli keluarganya yang tinggal di Johor Bahru telah dijangkiti wabak COVID-19.

Beego atau nama sebenarnya, Mohamad Aszerul Nizam Abdullah,41, berkongsikan mengenai perkara tersebut di Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Dalam jumlah tersebut, ada juga yang sudah lengkap menerima vaksin namun masih dijangkiti virus pembunuh tersebut.

Beego

“COVID-19 is real tapi apa pun, virus ini tetap akan tunduk dengan rahmat Allah S.W.T. Yang pergi selamanya kerana virus itu juga dalam rahmat-Nya.

– Beego

Dia dalam pada itu turut berkata jika benar wabak ini adalah ciptaan manusia semata-mata, mereka yang telah menjadi korban pastinya akan mendapat ganjaran syurga.

“Kalau benar virus ini adalah senjata biologikal untuk pengurangan manusia. Ingatlah sentiasa, matinya seseorang itu sekiranya dibunuh agenda atau apapun sebagai penganut Islam, syurgalah tempat kalian.”

– Beego

Anggota kumpulan Phyne Ballerz itu sempat mengucapkan takziah kepada semua kenalan dan mereka di luar sana yang telah kehilangan orang tersayang akibat COVID-19.

“Semoga bertabah, reda,zuhud dan istiqamah. Apa pun yang ada atas dunia bersama kita adalah pinjaman daripada sang Pencipta,”

– Beego
Beego

Menerusi perkongsi hantaran video dimuat naik, dapat dilihat kenderaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hadir di kediaman keluarganya untuk dibawa ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19.

Terdahulu, isteri Beego, pelakon Linda Hashim memaklumkan bahawa dia kehilangan ibu angkat yang dianggapnya seperti ibu kandung sendiri iaitu Rahimah Hashim.

Namun, pemergian ibu angkat Linda bukanlah disebabkan oleh virus COVID-19 berdasarkan keputusan saringan yang diterima.

Ibu Linda Hashim Meninggal Dunia

“Tak terkata bila dapat tahu ibu yang saya memang sangat-sangat rindu pergi ke negeri abadi pada Jumaat hari yang mulia ini,”

”Ibu pernah minta saya doakan dia ketika saya pergi umrah dulu supaya dia diberikan kesihatan yang baik, panjang umur dan kalau Allah nak ambil dia, ambillah hari Jumaat.

”Allahuakbar ibu, Allah makbul permintaan ibu. Tenanglah ibu di sana sebagai bidadari syurga. Linda sayang ibu. Semoga ayah dan semua keluarga terus kuat,”

15 Orang Ahli Keluarga Beego Dijangkiti Covid-19

Demikian luahan hati pelakon Linda Hashim di Instagram mengenai kem4tian ibu angkatnya, Rahimah Hashim, 50-an yang meninggI dnia awal pagi semalam.

Linda ketika dihubungi berkata, dia terkilan kerana sudah lama tidak bertemu ibu angkatnya di Banting, Selangor sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu.

”Saya tiada emak, jadi ibu yang menggantikan tempat emak saya sejak berbelas tahun lalu. Bahkan ketika saya kali pertama bertemu keluarga Beego (suami) di Johor, ibu yang temankan.

”Semua mak cik saya tinggal jauh, jadi saya bergantung kasih dan harap dengan ibu. Apa-apa saya minta tolong dia temankan termasuk ke mana-mana. Dia akan ambil dan hantar.

”Memang kami rapat. Tapi, disebabkan PKP kami tak dapat jumpa. Bukan dia saja, ayah kandung saya di Jelebu, Negeri Sembilan pun saya tak dapat jumpa,” katanya.

Linda berkata, dia diberitahu Rahimah mengalami dem.am biasa kelmarin dan lemah tubuh badan.

”Ayah (suami ibu angkat) bawa ke klinik untuk ambil ubat. Doktor kata kadar oksigen dan d4rah semakin meroso.t, namun apabila buat ujian swab RTK COVlD-I9, keputusannya negatif.

”Memandangkan ibu ada kncing mnis dan ambil insulin, doktor minta dia dirujuk dan ditahan di hspital. Di sana ibu dua kali buat ujian swab RTK dan keadaannya tetap ngatif.

”Pada sebelah malam keadaannya makin t.eruk. Oksigen dan tekanan d4rah meroso.t dan dia akhirnya menghembvskan nfas terakhir pada jam 1 pagi,” katanya.

Linda berkata, sepanjang mengenali ibu, wanita itu sangat baik, lemah lembut dan tak pernah marah.

”Cakap pun baik-baik. Saya sayang dia dan suaminya. Kalau pergi ke rumahnya dia sediakan macam-macam. Dia adalah tempat saya mengadu masalah dan menangis.

”Ketika saya mengandung anak pertama, dia hadiahkan gelang emas untuk bayi padahal dia bukan orang senang dan hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan,” katanya.

Linda mengakui ibu dan suaminya sayangkan mereka sekeluarga, manakala dia pula menganggap anak-anak ibu seperti adik-beradiknya.

”Waktu nak buat umrah pada 2012, saya mesej dia minta doakan keselamatan perjalanan saya. Kemudian saya tanya dia nak saya doakan apa?

”Dia minta doakan kesihatan dan kesejahteraannya. Tapi, kalau Allah nak ambil dia, ambillah hari Jumaat. Tak sangka permintaan itu jadi kenyataan.

”Saya pula memang buat seperti yang dipesan. Semua yang titip doa menerusi saya, pasti saya akan buat,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ayda Jebat Nikah | 23

Ayda Jebat Dedah Bakal Melahirkan Anak Perempuan

Hiasan Trending Viral | 24

Kanak-kanak Malaysia Menerokai Angkasa Lepas di ELLIOTT FROM EARTH