in , ,

Iqbal Jawab Isu Vida, Tular Jam Mewah

Kisah hubungan antara usahawan sensasi, Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli (Iqbal) kembali hangat diperkatakan baru baru ini.

Ia rentetan sesi siaran langsung antara usahawan berkenaan dengan Datuk Seri Aliff Syukri yang turut memetik kisah jodoh mengenai Iqbal. Malah Aliff sendiri mahu Vida berkahwin saja dengan Iqbal.

Malah Iqbal, 27, sendiri turut memuat naik sebahagian klip video berkenaan dan dikongsi di laman Instagramnya.

Bagi Iqbal yang turut meneroka dunia niaga produk penjagaan kulit, Iba Skin Care dan minyak wangi (Iba Perfumes), kisahnya dengan usahawan berusia 49 tahun berkenaan agak merumitkan.

Iqbal Jawab Isu Vida, Tular Jam Mewah

“Ikutkan ketika saya masih menjadi pembantu peribadinya lagi, persoalan jodoh dan kahwin sering diajukan. Malah dulu sampai satu tahap saya dianggap ‘anak ikan’nya apabila ada yang tidak tahu hubungan kami antara majikan dan pekerja.

“Tapi sejak itu juga, ia bagai berlalu pergi. Tak sangka pula Datuk Aliff petik balik kisah ini. Sebagai lelaki, kalau cakap soal hati dan selama mengenali insan bernama Datuk Seri Vida itu, saya mengakui terpaut hati dan sayang kepadanya.

“Tapi saya tahu kenyataan sebegini akan menjerat diri. Siapalah saya ketika itu nak mendekatinya yang dianggap berpengaruh. Saya pasti dianggap mahu menumpang populariti dan kekayaannya,”

– Iqbal

Namun secara peribadi, biarpun jarak usia 22 tahun antara mereka, Iqbal tidak melihat ia sebagai penghalang.

“Dari saya masih belajar di ASWARA, menjadi pembantu peribadi, hingga dibuang kerja dan sampailah saya ada rangkaian perniagaan sendiri hingga disebut sebagai Orang Kaya Baru olehnya, saya masih Iqbal yang sama. Jujur hati itu masih ada menaruh kepadanya.

“Malah saya pun tak melihat seperti bertepuk sebelah tangan. Cuma nak kata bercinta itu tak berani. Perasaan itu seolah olah tergantung sepi tanpa ada kesudahan. Lagipun dia sudah pernah berdepan kegagalan rumah tangga dan perasaan keluarga juga perlu dijaga.

“Masa dia bercerai pun, saya ada disisinya. Ikutkan saya pernah bawanya berjumpa dengan keluarga di Kelantan dulu. Jujur kami pernah hampir nak berkahwin, tapi atas beberapa sebab ia tak jadi,”katanya.

– Iqbal

Kata Iqbal lagi, hubungan dan perasaan itu terus dilihat terus terbatas.

“Perasaan anaknya, Cik B pun perlu dijaga. Cik B sendiri tak mahu ibunya bercinta dengan sesiapapun. Barangkali sebagai anak, Cik B tak mahu ibunya terus terluka.

“Jadi selepas ditimbang tara, mungkin kami lebih sesuai berkawan. Bercinta itu juga tidak semestinya memilikikan? Dalam sehari kami boleh berborak dua tiga jam bercakap soal bisnes.

“Malah kalau ada masalah itu ini termasuk perihal staf, dia akan luah. Saya suntik semangat kepadanya jika dia ‘down’. Kalau dia nangis pun, nangislah jika itu membahagiakan,”

– Iqbal

Iqbal pernah menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) dalam penulisan kreatif.

Iqbal Jawab Isu Vida, Tular Jam Mewah

Dalam pada itu, Iqbal yang memasuki tahun keempat dalam dunia niaga, baru baru ni tular di media sosial apabila membeli dua buah jam berjenama Hublot di sebuah pusat beli belah di ibu kota berharga mencecah RM550,000 secara tunai.

Salah satu jam dibeli dengan harga RM400,000 dan jam kedua, bernilai RM150,000. Ketika itu premis kedai jam mewah itu ditutup selama tiga jam untuk memberikan laluan kepada staf melayannya.

“Saya menerima kecaman bertalu talu juga di kalangan netizen apabila memuat naik video membeli jam berkenaan pada 22 Ogos lalu.

“Ada yang menyamakan saya seperti kebanyakan usahawan terkenal lain yang gemar menayang kemewahan di media sosial. Ada juga yang beranggapan kandungan sebegitu tak sesuai ketika ramai bergelut di era pandemik COVID-19 ini.

“Tapi saya fikir panjang dan bersebab untuk memuat naikkan kandungan berkenaan. Ikutkan sejak dulu lagi saya boleh tayang kandungan sebegini di media sosial,” katanya.

Tegas anak ketiga daripada lapan beradik daripada Pasir Mas, Kelantan ini, dia seboleh bolehnya mahu menyembunyikan ‘kemewahan’ yang dimiliki.

“Cuma kali ini saya rasa tujuan video itu bukan dimuat naik atas paksi riak. Tapi sebaliknya mahu membuktikan kalau kita betul betul berusaha walaupun di era pandemik, kejayaan itu pasti berhasil.

“Video dimuat naik saya menayang wang tunai membeli jam itu juga bukan lakonan. Saya juga nak mendidik orang kalau boleh beli barang secara tunai, elaklah berhutang.

“Kalau kita serius, ada matlamat dan misi, semua ini takkan mustahil. Yang penting usaha dan kesungguhan itu pasti berbaloi dan dibuka jalan. Saya juga tak pernah main main selama ini saat menceburi dunia perniagaan,” katanya yang boleh dihubungi di Instagram @ahmadiqbalzulkefli

Iqbal Jawab Isu Vida, Tular Jam Mewah

Mengimbas kembali awal kembara niaganya bermula dengan bermodalkan RM500 saja.

“Masa teroka perniagaan produk kecantikan kulit, saya buka pra tempahan dengan menjual set berharga RM100. Masa itu saya tak menyangka dalam 1600 orang nak beli seah RM160,000 berjaya dikumpul.

“Tahun lalu, saya jual minyak wangi dari Perancis pula dengan harga dua botol RM170. Ia mesra wuduk. Pernah dalam sehari saya mencatat jualan dalam RM300,000 tanpa menggunakan khidmat agen dan stokis.

“Saya lebih fokus kepada peruncitan dan mempromosikan di kaca TV. Dalam tempoh setahun itu juga, jualan minyak wangi berjaya dijual sekitar anggaran 70,000 botol dengan keuntungan tak kurang RM10 juta. Saya nak sasar RM20 juta atau lebih pula selepas ini,” katanya.

Iqbal Jawab Isu Vida, Tular Jam Mewah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kayda | 23

Kayda Aziz Lancar Video Muzik Bertemakan Merdeka Bersama Shopee

Ayda Jebat Nikah | 24

Ayda Jebat Dedah Bakal Melahirkan Anak Perempuan