in , ,

Awesome TV Tayang Tiga Filem & Telemovie Menarik Bulan Ogos Ini

Saksikan filem-filem menarik seperti Hum Saath Saath Hain, The Fast and Furious: Tokyo Drift dan Rindu Atok yang akan memeriahkan malam hujung minggu penonton Awesome TV di kaca televisyen.

Slot Hindi Special akan menayangkan filem kekeluargaan Hindi tahun 1999 arahan Sooraj R. Barjatya berjudul Hum Saath Saath Hain yang dibintangi oleh Salman Khan, Sonali Bendre, Tabu, Mohnish Bahl, Saif Ali Khan dan Karisma Kapoor.

Mengisahkan tentang Ramkishen dan Mamta yang mempunyai 4 orang anak iaitu Vivek, Prem, Sangita dan juga Vinod. Pada suatu hari, satu tragedi telah berlaku dengan keluarga mereka sehingga menggugat kebahagiaan keluarga mereka. Apakah yang akan terjadi selepas itu ?

Saksikan pada hari Jumaat, 20 Ogos 2021, jam 9.30 malam

Awesome TV Tayang Tiga Filem & Telemovie Menarik Bulan Ogos Ini

TONTON FILEM MENARIK DI AWESOME TV

Manakala, filem The Fast and The Furiou: Tokyo Drift arahan Justin Lim bakal ditayangkan di slot Awesome Movie pada Sabtu, 21 Ogos 2021, jam 10 malam. The Fast and The Furious: Tokyo Drift merupakan sebuah siri filem The Fast and the Furious dan 2 Fast 2 Furious.

Filem ini menampilkan watak-watak baru seperti Lucas Black, Bow Wow, Nathalie Kelley, Sung Kang dan Brian Tee serta lokasi berbeza iaitu di Tokyo, Jepun. Untuk mengelakkan dari di penjara, pelumba kereta Sean Boswell dihantar untuk tinggal bersama ayahnya di Tokyo. Namun, dia terlibat dengan masalah sekali lagi apabila dia menjadi pesaing utama dalam pertandingan drifting.

Awesome TV Tayang Tiga Filem & Telemovie Menarik Bulan Ogos Ini

Rindu Atok akan menemui penonton di slot Ohsem Tele pada 22 Ogos 2021, Ahad, 9.30 malam. Telefilem Rindu Atok mengisahkan seorang budak lelaki yang menemani datuknya tinggal di kampung. Dia telah menjumpai sebuah peti lama kepunyaan datuknya dan berhasrat untuk mencari teman wanita pertama datuknya.

Beliau bersama-sama dengan seorang rakan telah menemu bual beberapa orang nenek di kampung tersebut untuk mencari maklumat. Berjayakah dia menjejaki nenek tersebut? Lakonan Sabri Yunus, Issey, Hana Farahin, Azar Azmi, Aloy Paradoks, Azizul Ammar, Angeline Tan, Ajak Shiro dan ramai lagi.

Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Ini Satu Fitnah Yang Kejam” – Ebit Lew Selesai Beri Keterangan Polis Isu Gangguan Seksual

5 Peribahasa That Perfectly Sum Up Personalities In MONEY HEIST