in , ,

Awesome TV Tayang Filem SOLDIER, THE MATRIX & Drama KUBA GULING KARIPAP PUSING

Awesome TV akan menayangkan tiga filem Soldier, The Matrix dan Kuba Guling Karipap Pusing yang akan memenuhi malam minggu penonton di kaca televisyen. Saksikan filem-filem terbaik ini di Awesome TV.

Filem Soldier akan ditayangkan di slot Hindi Special. Soldier sebuah filem aksi India yang diarahkan oleh Abbas-Mustan dan dibintangi oleh Raakhee, Bobby Deol dan Preity Zinta. Filem ini menceritakan tentang Mejar Vijay Malhotra yang dikhianati oleh rakan-rakannya digelar sebagai pengkhianat dan kemudian dibunuh. Anaknya, Vicky, bersumpah untuk membalas dendam terhadap pembunuh ayahnya dan membuktikan bahawa ayahnya tidak bersalah. Apa yang bakal terjadi? Saksikan pada hari Jumaat, 16  Julai 2021, jam 9.30 malam

The Matrix
THE MATRIX

Manakala slot Awesome Movie akan menayangkan filem The Matrix pada hari Sabtu, 17 Julai 2021, jam 10.00 malam. The Matrix sebuah filem aksi fiksyen sains yang diarahkan oleh adik-beradik Wachowskis dan dibintangi oleh Keanu Reeves, Laurence Fishburne, Carrie-Anne Moss, Hugo Weaving dan Joe Pantoliano.  

Matrix, sebuah mesin pintar yang dihasilkan untuk mengalihkan perhatian manusia sementara menggunakan badan mereka sebagai sumber tenaga. Ketika pengaturcara komputer Thomas Anderson di bawah pimpinan penggodam“Neo” mengungkap kebenaran, dia melakukan pemberontakan terhadap mesin itu bersama dengan orang lain yang telah dibebaskan dari Matrix.

Telefilem Kuba Guling Karipap Pusing arahan Izuan Mokhtar akan ditayangkan pada 18 Julai 2021, Ahad, 9.30 malam di slot Ohsem Tele. Telefilem ini mengisahkan pertelingkahan antara dua orang wanita akibat salah faham. Ani yang menjual kuih-muih di sebuah gerai membantu seorang wanita bernama Mira dengan mengambilnya sebagai pembantu dan akhirnya membantunya memulakan perniagaan bersamanya.

Salah faham mula berlaku apabila kuih yang diperkenalkan Mira mula mendapat perhatian ramai dan dia mula berkawan dengan lelaki yang selama ini menjadi pujaan Ani. Lakonan Rozita Che Wan, Catriona Brian Ross, Azlee Khairi, Ezad Lazim, Kazar, Razak Ahmad, dan Muzayyin. 

Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shuk Sahar Cabar Netizen Untuk Bersemuka Setelah Digelar Gemuk & Membosankan

Kekayaan Shah Rukh Khan Dianggar RM3.15 bilion, Amalkan Makan di Rumah & Tak Boros