in ,

Kekayaan Shah Rukh Khan Dianggar RM3.15 bilion, Amalkan Makan di Rumah & Tak Boros

Wah! Kaya betul Shah Rukh Khan ni. Tak sangka dengan hanya makan kat rumah, beliau dapat kumpul harta. Jadi kepada anda yang nak kaya, jangan makan kat luar okay!

Sebut sahaja filem Kuch Kuch Hota Hai – dalam fikiran pengemar filem Hindustan pasti tergambar wajah bintang filem tersohor, Datuk Shah Rukh Khan.

Popular dengan jolokan “The King of Bollywood”, pelakon berusia 56 tahun itu telah terlibat dalam sekurang-kurang 75 filem Hindi pelbagai genre.

Maka, ia bukan sesuatu yang mengejutkan apabila hero filem Dilwale itu dikatakan antara pelakon paling berjaya di India dalam sejarah industri perfileman Bollywood.

shah rukh khan

Malah, statusnya sebagai bintang filem terkenal bukan pengukur untuk dia ‘mendabik dada’ dan menunjukkan kemewahan.

Media antarabangsa Gulf News melaporkan Khan sering mengamalkan kehidupan biasa dan lebih gemar makan di rumah.

Suami kepada Gauri Khan itu juga digambarkan tidak suka menghabiskan duit terhadap perkara tidak penting.

shah rukh khan

Terbaharu, Khan yang memulakan kerjayanya pada lewat 1980-an disenaraikan sebagai antara individu paling kaya di India.

Penerbit dan pengacara itu memiliki kekayaan terkumpul sebanyak AS$750 juta (RM3.15 bilion).

Selain itu, rumah mewah Khan yang terletak di Mumbai turut menjadi perhatian sejak muncul dalam filem Yes Boss pada 1997.

Rumah yang dihiasi lampu candelier kristal dan perabot mewah itu terletak dalam kawasan paling mahal di Mumbai yang bernilai AS$27 juta (RM113 juta).

Isterinya, Gauri memaklumkan kepada Vogue India, mereka sekeluarga mengambil masa lebih 10 tahun untuk mereka semula dan mengubah usai rumah tersebut.

Khan yang mendirikan rumah tangga dengan Gauri pada pada 25 Oktober 1991 dikurniakan tiga cahaya mata.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awesome TV Tayang Filem SOLDIER, THE MATRIX & Drama KUBA GULING KARIPAP PUSING

Siti Nordiana & Ustaz Sharizan Bergabung Lancar Single Religi Berjudul HASBI RABBI