in

Atlantis The Lost Empire

KHAS HARI PEKERJA : TV2 SIAR FILEM ANIMASI ATLANTIS – THE LOST EMPIRE 1 MEI INI

Variasi program bakal dipertontonkan RTM sempena meraikan cuti Hari Pekerja 1 Mei ini membuktikan stesen penyiaran yang telah mencecah usia 64 tahun ini memberi ‘kesamarataan’ program dalam memenuhi kehendak segenap lapisan penonton setianya.

Bukan sahaja drama dan filem-filem hebat, istimewa Hari Pekerja ini RTM menghidangkan filem animasi buat peminat cilik dan penggemar filem animasi bertajuk Atlantis : The Lost Empire pada 1 Mei 2010 (Sabtu), jam 10.00 pagi memenuhi slot Mustika di TV2.

4554842302 6D6F754Db0 O | 4

Berkongsi kisah berlaku sekitar tahun 1914, filem Atlantis : The Lost Empire mengetengahkan watak dimana karektor Milo Thatch, cucu kepada Thaddeus Thatch yang bekerja di muzium. Dia mengakui kebenaran Atlantis lalu dia cuba untuk membongkar misteri jurnal Shephards. Apatahlagi jurnal itu mampu memberikan petunjuk kepadanya untuk sampai ke Atlantis.

Begitupun Milo berada dalam keadaan dilema kerana untuk mencapai matlamatnya sampai ke Atlantis dia memerlukan seseorang untuk membantu merealisasikan matlamatnya itu. Majikannya pula beranggapan Milo hanya mampu menyumbang idea bodoh dan tidak dapat memberikan buah fikiran yang baik.

Milo kemudiannya memutuskan untuk pulang ke pangsapurinya dan menemui wanita di sana. Dia memutuskan untuk membawa bersama Preston B.Whitmore, teman lama datuknya. Lalu dia memberikan jurnal Shephards untuk dijadikan panduan kepada kru-kru kapal lima bintang yang turut menyertai misinya itu. Tujuannya untuk dijadikan petunjuk untuk sampai ke Atlantis.

Mereka kemudiannya sama-sama memulakan pelayaran membelah Lautan Atlantis. Begitu pun perjalanan mereka tidak mudah kerana terpaksa berdepan dengan musuh iaitu udang kara yang dipanggil Leviathan.

Puas melalui perjalanan yang panjang, akhirnya mereka tiba di tempat yang dituju, Atlantis. Namun perasaan manusia sukar diduga kerana perasaan tamak ada antara rombongan pelayaran mereka yang ingin menjadi pembelot.

Filem animasi popular sekitar tahun 2001 ini menyaksikan pelakon popular seperti Michael J. Fox, Corey Burton, Claudia Christian, James Garner, John Mahoney dan Phil Morris menyumbang suara menjayakan watak diperkenalkan dalam filem arahan Gary Trousdale
dan Kirk Wise terbitan Walt Disney Pictures.

Justeru peminat animasi usah ketinggalan meluangkan masa menyaksikan Atlantis : The Lost Empire pada 1 Mei 2010 (Sabtu), jam 10.00 pagi di TV2.

4554209977 994588C42F O | 5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TOYOTA VIOS MAKIN LAMA MAKIN MANTAP

Malam Kemuncak GAH 1 di Sunway Lagoon 30 Mei Ini