in

Malam Kemuncak GAH 1 di Sunway Lagoon 30 Mei Ini

MALAM KEMUNCAK GAH 1 AKHIR ACARA MUZIK TERBESAR RTM

Biar apapun pandangan dan tanggapan peminat hiburan tanah air terhadap kredibiliti rancangan-rancangan hiburan RTM, namun organisasi ini masih kukuh berdiri mempertahankan pelbagai rancangan terbitan mereka.

Yang pasti RTM tetap berbangga melahirkan beberapa bintang ternama tanahair yang kini berdiri megah menghiasi laman hiburan tanah air dengan persembahan dan lagu-lagu segar yang meruntun jiwa.

Antara rancangan hiburan RTM yang berkonsepkan pertandingan nyanyian dari dulu hingga kini antaranya seperti Bintang HMI, Bintang RTM, Bintang Klasik Nasional, Golden Teen Search, Rentak Juara Rhythm Of Champion, Juara Asyik serta pertandingan bakat muda iaitu Bintang Kecil selain program terbaru Bintang Ai-Minnal 1Malaysia.

Senario itu mewujudkan satu pertandingan nyanyian yang melibatkan artis-artis profesional dengan mempertaruhkan lagu-lagu nyanyian asal mereka ciptaan oleh komposer terkenal tanahair melalui acara Malam Kemuncak Gah 1 Akhir musim ke-7. Acara muzik yang dijangka antara yang terbesar anjuran RTM ini bakal menjengah siarannya secara langsung pada 30 Mei 2010, bermula jam 8.30 malam di TV2.

Malam bersejarah itu dijangka berlangsung di Taman Tema Air Terbesar di Malaysia iaitu Sunway Lagoon dengan berkonsepkan acara muzik terbuka.

Pertandingan Hits 1 dulunya atau kini dengan jenama baru Gah1 akan bakal menghangatkan penghujung Mei ini dengan membariskan nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air. Sembilan buah lagu yang akan bertanding pada Malam Kemuncak Gah 1 Akhir musim ke-7 itu adalah:

3394433277 C4900786F7 | 4

Lagu : Rawan
Penyanyi : Azharina Azhar
Lagu : Hazami
Lirik : Hazami

Lagu : Cinta Adam dan Hawa
Penyanyi : Misha Omar
Lagu : Azmeer
Lirik : Loloq

Lagu : Cinta Gila
Penyanyi : Grey Sky Morning
Lagu : Ejal GSM & Yatt
Lirik : Ejal GSM

4189089494 193D00366A O | 5

Lagu : Tak Mungkin Kerana Sayang
Penyanyi : Alyah
Lagu : Ajai
Lirik : Habsah Hassan

Lagu : Rindu Terhenti
Penyanyi : Tomok
Lagu : Aubrey Suwito
Lirik : Tintas

4496115301 35D6F53022 O | 6

Lagu : Bencinta
Penyanyi : Faizal Tahir
Lagu : Audi Mok
Lirik : Audi Mok & Faizal Tahir

Lagu : Pakai Buang
Penyanyi : Stacy
Lagu : Edry Abdul Halim
Lirik : Edry Abdul Halim

Lagu : Khatimah Cinta
Penyanyi : Sixth Sense
Lagu : Sixth Sense
Lirik : sixth Sense

Lagu : Menggegar Dunia
Penyanyi : Stacy & Adam
Lagu : Edry Abdul Halim
Lirik : Edry Abdul Halim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Atlantis The Lost Empire

Senarai Peserta DiGi The Next Level ntv7