in ,

Atiq Azman Terlibat Kemalangan Motorsikal, Berpunca dari Pasir Halus

Menurut Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhd Atiqullah Shah, 18, dia dipercayai terjatuh daripada motorsikal berkuasa tinggi miliknya berpunca daripada pasir halus yang terdapat pada permukaan jalan raya tersebut.

Pelakon yang popular menerusi drama Nur, Raja Atiq atau kini lebih selesa dikenali sebagai Atiq Azman berkongsi khabar berita bahawa dia terlibat dalam sebuah kemalangan motorsikal semalam. Menurut Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhd Atiqullah Shah, 18, dia dipercayai terjatuh daripada motorsikal berkuasa tinggi miliknya berpunca daripada pasir halus yang terdapat pada permukaan jalan raya tersebut.

Atiq Azman Terlibat Kemalangan Motorsikal

Cedera Di Beberapa Bahagian 

Biarpun berkongsi keadaan dirinya stabil, namun menerusi perkongsian video nya sebelum ini memperlihatkan pelakon ini mengalami luka yang teruk di beberapa anggota badan termasuklah di bahagian pehanya yang menampakkan isi daging.

Bagaimanapun, Atiq memadam posting tersebut sebelum memuatnaik video yang baharu kerana mendakwa memperlihatkan auratnya.

Dalam pada itu, rata-rata peminat dan rakan-rakan selebriti turut mendoakan agar Atiq segera pulih seperti sedia kala. Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama Atiq terlibat dalam kemalangan motorsikal kerana sebelum ini sekitar Julai 2018 dia turut terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Sumber: Murai & IG Atiq

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ed Sheeran | 17

Ed Sheeran & Cherry Seaborn Timang Anak Perempuan

Han Sohee Married K Pop | 18

Drama THE WORLD OF THE MARRIED Lompat Ke No 1 Carta Top 10 Netflix Malaysia