in ,

Atiq Azman Bikin Peminat Patah Hati Hadiahkan Sejambak Bunga Kepada Najiaa

Atiq Azman Memberi Satu Benda Ni Pada Seorang Wanita Istimewa. Membuatkan Peminatnya Broken Lagi.

Atiq menjelaskan hadiah dan sejambak bunga yang diberikan kepada Najiaa sebagai tanda penghargaan. Perkongsian foto pelakon Atiq Azman bersama personaliti media sosial atau Instafamous yang dikenali sebagai Najiaa di laman Instagram menarik perhatian warganet. Enggan terus membiarkan warganet terus berteka-teki, Atiq atau nama sebenarnya Raja Muhammad Atiqullah Shah, 20, mengakui sedang berkawan rapat dengan wanita tersebut.

Pelakon yang popular menerusi drama Nur ini turut menjelaskan hadiah dan sejambak bunga yang diberikan kepada Najiaa dalam foto yang dikongsikannya itu merupakan tanda penghargaannya kepada wanita tersebut.

atiq
Perkongsian foto Atiq bersama Najiaa menarik perhatian peminatnya.

“Apa yang boleh saya katakan, kami berkawan rapat dan dia antara salah seorang yang banyak membantu saya. Kami pergi makan di sebuah pusat beli-belah dan saya bagi bunga serta hadiah kepadanya sebagai menghargai seseorang yang selalu bantu saya dalam apa jua sekalipun,”

Foto tersebut memperlihatkan Najiaa memegang sejambak bunga dan hadiah pemberian Atiq sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.

Dah hampir dua tahun saya kenal dia melalui Instagram sahaja.

Rata-rata warganet mula membuat andaian Atiq mempunyai hubungan istimewa dengan Najiaa dan menjangkakan ramai peminat wanitanya akan kecewa.

Sementara itu Atiq menegaskan biarpun mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak dua tahun lalu namun dia belum memikirkan soal cinta kerana ingin memberi tumpuan kepada kariernya.

“Dah hampir dua tahun saya kenal dia melalui Instagram. Kalau boleh saya nak bercakap dan tumpu pada karier sahaja, soal cinta ni saya belum terfikir untuk ke fasa seterusnya,” ujarnya.

Bagaimanapun pelakon ini berharap agar peminat terus menyokong kerjaya lakonannya. Dalam perkembangan lain, Atiq baharu saja selesai menjalani penggambaran untuk slot Samarinda TV3 bagi drama Aku Yang Gelar Kau Isteri dan bakal memasuki set penggambaran filem Rasuk pada Disember depan.

Sering Kali Dikaitkan Dengan Raja Afiq. Atiq Azman Dedahkan Punca Dia Tukar Nama Dia Kepada Satu Nama Ini Dan Harap Semua Maklum Dengan Nama Pentasnya

Raja Atiq tukar nama pentas kerana tidak mahu peminat keliru dengan Raja Afiq. Gara-gara pernah berlaku kekeliruan, pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri Nur, Raja Atiq membuat keputusan untuk menukar nama komersialnya kepada Atiq Azman.

Menurut Atiq, terdapat kekeliruan namanya dengan nama pelakon Raja Afiq sehingga pernah berlaku kesilapan pada poster yang dipromosi sebuah stesen radio dua tahun lalu.”Masih ramai lagi orang panggil saya Raja Atiq… tak tahu kenapa. Sebab saya tukar stage name dari Raja Atiq kepada Atiq Azman sebab ramai orang keliru antara Raja Atiq dan Raja Afiq.”Lebih kurang dua tahun lepas saya pergi ke sebuah stesen radio ni, dan mereka ada letakkan gambar saya di sebuah poster tapi nama saya mereka letak Raja Afiq, bukan Raja Atiq,”

Sampai ada orang ingat kami adik-beradik.

Tambahnya, ada juga yang menyangka dia dan pelakon Sayangku Kapten Mukhriz itu mempunyai talian darh. Bagaimanapun, dia terbuka jika masih ada peminat yang mahu memanggilnya dengan nama Raja Atiq.”Itu yang buat orang keliru. Bukan tak sedap letak nama Raja Atiq, tapi ramai orang keliru. Sampai ada orang ingat kami adik-beradik.

“Tapi saya sebenarnya tak kisah orang nak panggil saya Raja Atiq atau Atiq Azman,” jelasnya. Atiq mahu cuba pegang watak hero dalam sesebuah drama. Dalam pada itu, Atiq sempat berkongsi hasratnya untuk membawakan watak utama dalam sesebuah drama namun sedar belum mampu dan diberi kepercayaan.

Atiq berkata dia juga ingin memperbaiki kemahirannya serta bakatnya dalam bidang lakonan dan tidak menerima sebarang tawaran secara melulu. “Kalau ikutkan, saya memang teringin nak bawa watak hero dalam mana-mana drama, tapi buat masa sekarang saya terima saja apa-apa tawaran yang saya dapat. Saya pun tak boleh demand.

“Tapi saya kalau boleh nak perbaiki balik cara lakonan saya… saya takkan terus terima mana-mana tawaran yang datang sebab takut nanti bila mula penggambaran, saya akan menyusahkan semua kru produksi. “Jadi, untuk mengelakkan benda tu terjadi, saya akan cakap yang saya belum bersedia,” ujarnya.-mstar

Atiq Azman rela tidak berlakon demi pertahan prinsip

ALOR SETAR: Pelakon, Atiq Azman, mengakui rela hilang tawaran berlakon apabila berpegang teguh dengan prinsip untuk tidak melakonkan babak bersentuhan. Atiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Atiqullah Shah berkata, walaupun mungkin akan ada yang memandang sinis prinsipnya itu, dia enggan menjadi hip0krit semata-mata kerana mahu menjaga perasaan orang lain.

“Saya tetap mempertahankan prinsip ini, walaupun mengetahui ia akan membuatkan saya hilang banyak tawaran. “Tidak mengapa kerana saya percaya rezeki ada di mana-mana. Kalau bukan dalam bidang seni, mungkin rezeki itu datang dalam bentuk lain asalkan saya tidak jemu berusaha,” katanya.

Sebagai bekas pelajar sekolah tahfiz, finalis Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke- 32 itu berkata, dia perlu menjaga tingkah laku supaya nama dan tempat dia menerima pendidikan tidak terher3t dalam kontrovrsi.

“Saya perlu menjaga nama baik tempat saya belajar. Kalau boleh, saya tidak mahu terbabit dalam sebarang kontrovrsi yang boleh menjejaskan reputasi dan maruah ibu serta bapa saya,” katanya ketika ditemui pada acara siri jelajah kedua ABPBH 32 yang berlangsung di Aman Central, di sini, semalam.

Kali pertama menjadi finalis dan menyertai acara promosi ABPBH, pelakon berusia 19 tahun itu mengakui, seronok kerana ia bukan sahaja merapatkan juraang antara artis dan peminat, tetapi juga mengeratkan silaturahim sesama selebriti.

“Walaupun berada dalam satu industri, tidak semua kita kenal kerana cabang seni kami tidak sama. Justeru, peluang menyertai siri jelajah promosi ABPBH tidak harus dilepaskan kerana menerusi acara seperti ini, kita dapat berkenalan dengan finalis lain, di samping beramah mesra dengan peminat,” katanya. Menerusi kategori itu, Atiq berdepan saingan daripada Afieq Shazwan, Adam Lee, Iswan Ismail dan Ryan Deedat.-bh

What do you think?

24 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama ANGKARA CINTA Lakonan Wanna Ali, Hun Haqeem & Merqeen di Astro Prima

Teka-teki Peminat Akhirnya Terjawab! Aishah Muncul Ganti Siti Nurhaliza di SFMM35